Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran di Penghujung Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, malam tadi berpeluang ke masjid, teman suami bertarawih (ibu bercuti) sambil jaga anak2. Meriah di masji al-azim pandan indah, ramai juga anak2 di sana. Dan alhamdulillah, Allah beri ibu 2 cute helpers yang rajin tolong jaga ammar dan amirul. Tasnim dan adiknya, Ain Salsabila sangat teruja nak jaga dan main2 dengan anak2 ibu..

Berpeluang jumpa adik asyraf (1 year, 7 months) yang sangat steady dan lucu. Dia sangat fokus, tak kisah tentang orang lain. Capai je apa yang dia nak, termasuk botol susu Ammar. Nak tergelak je tengok keletah kanak-kanak yang tiada dosa ni :D Berada di masjid sangat menenangkan..mungkin aura semua orang di masjid, dengan tujuan beribadat kepada Allah kan..

Tapi sedih juga bila ingat Ramadhan yang bakal pergi ni..Jom berdoa banyak2 mohon keampunan dari Allah.



Semoga Ramadhan berlalu dengan pengampunan Tuhan supaya kita kembali bersih sesuci fitrah di hari lebaran..

No comments: