Monday, October 29, 2012

Anak-anakku...

 Bismillah..

Sudah 2 minggu ammar dan amirul dihantar ke taska ummi..tapi mereka masih belum serasi..menangis waktu dihantar..aduh, ibu menangis dalam hati juga setiap hari..

Tapi, biasanya ammar kelihatan riang di petang hari bila ibu menjemput pulang..Kata ummi, ammar paling suka bila berdiri ramai-ramai dan berzikir..alhamdulillah, ni sebab utama an amirul ke taska ummi..adik je menangis bila nampak ibu..hmm..Ya Allah, permudahkanlah..

Bila di rumah, ammar mudah jadi pemarah..semua orang dimarahnya..semalam, ibu x sihat, diam jela bila dia marah2..akhirnya, dia datang kat ibu dan cakap,
"Ibu, ammar tak nak pegi annur (taska ummi)..ammar nak duk rumah je".. Pagi ni pun, dia salam ibu dan ayah di rumah, as if dia nak nak duduk rumah bila ibu dan ayah pergi kerja..
Mungkin emosi dia masih tak stabil, sebab tu dia mudah marah..Nak, ibu doakan Allah beri ketenangan ke dalam hati ammar ye..ammar happy-happy je ye sayang..nanti Allah sayang, nabi sayang, ibu sayang, ayah sayang, semua orang sayang...

Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada hati-hati kami..Sesungguhnya, Engkaulah yang memegang hati-hati kami..
Ya Allah, tempatkanlah anak-anakku di kalangan pengasuh yang sabar..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik mereka..

Subhanallah..rasa beratnya cabaran menjadi seorang ibu bekerja..menepis kerja-kerja luar / outstation juga menjadi satu cabaran..Ya Allah, sungguh Engkaulah yang mampu memberi jalan keluar terbaik dalam ujian hidup kami..Bantulah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

No comments: