Ammar is ThReE ^_^


Bismillah…

Mon Ammar Zafran bin Rahman is 3 today, Alhamdulillah… Pagi-pagi lagi ibu nyani lagu Selamat Hari Lahir buat anak soleh ni J

Selamat…selamat..selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar ….

Semangat ibu nyanyi sambil salin pampers dia, mamai je muka ammar..hehe..tapi Alhamdulillah mood dia pun baik pagi ni…

Semalam ibu siapkan goodies buat kawan2 Ammar di taska. Niat di hati nak mengajar anak bahawa memberi itu lebih baik dari menerima. :) Ibu pun sedang belajar, sayang…sungguh untuk memberi kita perlu punya hati yang lapang dan penuh kasih sayang  serta ikhlas kerana Allah semata-mata..Penat ibu buat kek 2 adunan semalam, terus terkubur niat ibu nak wat side income jual muffin..hihi…tapi xpelah, ibu harap Allah terimanya sebagai satu kebajikan menggembirakan Ammar dan kawan2.. :D

Tiada pun hadiah yang mahal2 buat Ammar sayang..Cuma ibu doakan Ammar jadi anak yang soleh, semoga sentiasa di dalam keberkatan dan semoga Ammar sentiasa bahagia dalam cinta dan redha Allah…Ibu, ayah dan adik amirul sayang sangat kat ammar tau..Ibu nak sangat kita berkumpul dalam syurga nanti..Bolehlah ammar kenal atuk nanti :) Ya Allah, perkenankanlah…

Ammar dah semakin petah bercakap..seronok berlawan cakap dengan dia. Semakin bijak dan makin faham apa yang ibu dan ayah ajar..Cuma Ammar belum mumaiyiz lagi, jadi masih belum bezakan baik buruk dan ibu ayah masih perlu banyaaaak bersabar mendidik ammar :)

Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...