Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah
Bismillah... This is for memories so that I won't forget :) Mengandungkan anak ketiga selepas 6 tahun usia abangnya sangat mengujakan. Tak susah mengandungkan Aisyah, malah rasanya kali ini ibu lebih berdikari, memandu ke tempat kerja sendiri hingga tarikh due date sebelum menyerah diri ke hospital. Memandu ke tempat kerja feels like me time yang quite relaxing sebenarnya...Aisyah pun bukan main aktif masa ibu memandu :) Setiap pagi rutinnya, hantar Ammar dan Amirul ke sekolah di Jenderam dan terus ke tempat kerja. Balik pula singgah ambil abang berdua itu sebelum pulang ke rumah. Allah pun ada berfirman dalam Al-Quran ibu mengandung akan semakin lemah seiring bertambah usia kandungan. Seperti itu juga lah ibu. Walau masih mampu menjalani hari-hari dengan tenaga yang ada, lelahnya lebih terasa. Alhamdulillah Allah kurnia emak di rumah yang selalu masak sedap2, suami yang sabar dan boleh membantu, anak-anak yang memahami dan kawan-kawan baik. Makanya, hikmah itu yang patut le