Posts

Showing posts from February, 2012

Merajuk

Dapat ilmu ini dari e-mail. Sangat bermanfaat buat diri kita.. Kenapa merajuk? Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya. Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Punca merajuk Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan. Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak

Hati yang sakit

Sejak semalam lagi, saya sangat mudah rasa sakit hati dengan insan di sekeliling. Sebenarnya, mereka bukanlah masalah utama, tapi hati ini yang sedang menderita sakit. Mengapa? Mungkin kerana kurang zikir dan fikir, mengingati Allah.. Ditambah lagi dengan terlalu banyak dosa hingga gelap dan sakit hati ini.. Ya Allah, maafkanlah hambaMu yang lemah, hina dan banyak berdosa ini... Abang, maafkanlah isterimu yang terlalu banyak karenah yang menyakitkan hati... Anak-anak ibu, maafkanlah ibumu yang terlalu banyak kelemahan ini... Emak, maafkan cimas yang kurang perhatian pada emak... Sahabat and my dear siblings, maafkan kerana tak pernah menjadi yang terbaik buat kalian... Ya Allah, kadang-kadang rasa tak mampu menjadi hambaMu yang solehah.. Tapi, itulah yang sangat aku dambakan. Tak layak rasanya untuk syurgaMu tapi lebih tak mampu menanggung azab di hari akhirat kelak... Ya Allah, padaMu jua ku pohon..berikanlah aku kesabaran dan kekuatan.. Ya Qawwi, Ya Sobur, La Latiff, berilah aku sedi

:(

Bismillah... Malam tadi dalam pukul 3 ibu terbangun sebab batuk yang agak teruk, rasa susah nak bernafas..Anak-anak tidur nyenyak, alhamdulillah..dah semakin sihat..x tahan batuk agak kuat, ibu bangun dan minum sesudu madu. Bila bangun, terlintas juga dalam hati yang Allah nak kejutkan ibu untuk menghadap-Nya. Tapi.... :( ibu tak ambil kesempatan tu.. Astaghfirullah, maafkanku wahai Tuhan..Janganlah dengan itu, Engkau berhenti memanggilku..Ya Ghafur, Ya Rahman..janganlah Engkau biarkan aku sendirian melawan nafsuku yang masih liar ini. Bantulah aku wahai Tuhanku..