CABARAN MENJADI SEORANG IBU DAN BONDA…
Semasa mengandung.. Penatnya perut menanggung beban selama 9 bulan.. tetapi tetap rasa gembira bila membayangkan bakal khalifah kecil yang bakal berada dalam pelukan.. Semasa bersalin.. Sakitnya menanggung contraction… Tetapi tetap sabar menanggung ujian penghapus dosa.. Sakitnya mengeluarkan bayi.. Terus hilang tatkala menatap wajah si kecil yang suci tanpa dosa.. Semasa berpantang… Penatnya menjaga anak yang baru menjenguk dunia.. Tetapi belajar bersabar kerana itulah amanah yang Allah berikan.. Sewaktu anak masih kecil.. Tercabarnya melayan karenah anak yang sedang belajar meneroka dunia.. Hanya mahu katanya dituruti tanpa mahu memahami risiko.. ;p Tetap cuba bersabar, mohon kekuatan dari RabbNya.. Kerana Idola Teragung sangat kasihkan kanak-kanak yang tiada dosa… Anak-anak yang suka meneroka dunia Saat anak mula mumaiyiz… (Belum berpengalaman sendiri ) Perlu bersabar mendidik anak tentang baik buruk.. Mendidik anak beribadat kep