CABARAN MENJADI SEORANG IBU DAN BONDA…


Semasa mengandung..
Penatnya perut menanggung beban selama 9 bulan..
tetapi tetap rasa gembira bila membayangkan bakal khalifah kecil yang bakal berada dalam pelukan..

Semasa bersalin..
Sakitnya menanggung contraction…
Tetapi tetap sabar menanggung ujian penghapus dosa..
Sakitnya mengeluarkan bayi..
Terus hilang tatkala menatap wajah si kecil yang suci tanpa dosa..

Semasa berpantang…
Penatnya menjaga anak yang baru menjenguk dunia..
Tetapi belajar bersabar kerana itulah amanah yang Allah berikan..

Sewaktu anak masih kecil..
Tercabarnya melayan karenah anak yang sedang belajar meneroka dunia..
Hanya mahu katanya dituruti tanpa mahu memahami risiko.. ;p
Tetap cuba bersabar, mohon kekuatan dari RabbNya..
Kerana Idola Teragung sangat kasihkan kanak-kanak yang tiada dosa…

Anak-anak yang suka meneroka dunia

Saat anak mula mumaiyiz… (Belum berpengalaman sendiri)
Perlu bersabar mendidik anak tentang baik buruk..
Mendidik anak beribadat kepada Allah..
Menjawab pertanyaan anak yang semakin pintar berbahas.. (mungkin ;p)

Saat anak ke alam remaja …(pengalaman diri sebagai remaja)
Anak mahu tahu dan mencuba segalanya..
Memberontak saat ditegah..
Terhiris mungkin hati bonda dengan karenahku dulu.. T T
Sedang bonda sentiasa mahu yang terbaik buat anak-anaknya..
Menyayangi anak sendiri melebihi diri sendiri..
Hasil sedikit sifat Ar-Rahim-Nya yang dipercikkan ke dalam jiwa setiap ibu..

Saat anak melangkah ke alam perkahwinan .. 
(saat saya cuba menyelam perasaan ibu semasa adik berkahwin)
Sungguh, anak itu menjadi harapan..
Menjadi sandaran untuk meminta bantuan…
Tapi..kerana saatnya sudah sampai..anak ke alam perkahwinan..
Diurus segalanya dengan segala kudrat yang ada..

Maka..
Adakah lagi alasan untuk kita menderhaka kepada bonda?
Meski dengan sedikit perkataan ‘ah’?
Saya seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil..
Menghayati pengorbanan seorang bonda, tak terbalas rasanya..
Hanya doa usai solat..agar bonda sentiasa bahagia dalam rahmat-Nya..
Dunia akhirat..
Semoga mampu bersama gembira selamanya di syurga yang kekal abadi…

(: Bonda bersama anakanda Amirul :)

Comments

dd dudu said…
cimas kite baru tahu cimas ada blog. kite tgh baca blog cimas ni, hehehehhe
Cimas said…
Baru je diana.. :) Biasa-biasa jek.. Tapi saya belajar wat blog pun dari Tutorial awak dalam blog. Thanks ye :)

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah