Posts

Showing posts from 2013

Makanan dan resipi :)

Image
Assalamualaikum :) Siapa suka makan? Ye, saya (sambil angkat tangan) Especially bila time hormone tak stabil dan stress... Dan perasan tak sometimes, kita memang craving for something kan (walaupun tak mengandung..haha) Contohnya saya selalu mengidam coklat, buah, kek dll.. :D Saya percaya rasa mengidam tu dari badan kita yang menjerit minta sesuatu nutrisi yang kurang dalam badan...hehehe..entah betul ke tak..tapi selagi craving tu tak melampaui batas, tak salah rasanya kita ikutkan... :) Dan biasanya saya lebih suka sediakan sendiri makanan yang saya teringin...huhu..ok, saya tak expert langsung masak-memasak ni..kali pertama biasanya tak jadi pun, paksa juga telan...dan ianya akan bertambah baik kemudiannya :D dan kebanyakan resipi kan pada saya bukanlah selalunya perlu diikut bulat2, kita boleh olah dan sesuaikan dengan bahan yang kita ada...dan banyak2 berdoa, zikir masa preparation makanan, insyaAllah makanan tu jadi edible, boleh dimakan..hehe... Ok, sekarang ni memang

Diet oh Diet

Image
Berat badan dah bertambah dengan gembira sekali, tanpa menunjukkan tanda-tanda utk turun...Lagi 3kg akan sama dengan berat sebelum melahirkan ammar..waaa...stress2..huhuhu... Bila teringin nak makan produk kuruskan badan, hubby larang..hukhuk.. bila tanya mak, "cimas macam xxxxx yg dalam tv tu?" Mak gelak-gelak sambil cakap "tak la.." sebab tangan anaknya ni dah sedia nak cubit kalau mak cakap ye..hukhuk..x boleh terima kenyataan anak dia ni..huhuhu.. So, dah mula rancang-rancang untuk diet..x boleh drastik sangat sebab rasa mcm x ready..huhu..yang dah mula dibuat ialah.. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . minum kopi senyum...(intan kata, mak dia kata, ustazah norbahyah kata boleh kurus minum kopi ni) yes! boleh minum sesuatu yang saya suka iaitu kopi :D Pastu, yang belum terlaksana:- 1) Diet atkins Makan protein je-ikan, ayam, tauhu. tempe, sayur2..no no to karbohidrat..huhu..berjaya 3 hari je kot... 2) Diet putih telur h

Anniversary? ^_^

Image
Bismillah... Alhamdulillah, esok genap 4 tahun kami bergelar suami isteri. Entah kenapa kali ni saya rasa gembira sangat nak celebrate anniversary... Tapi kan biasanya perkara yang saya selalu excited nak buat selalu turn out kurang best at lastnya..ehehe..xpela, meh betulkan niat semula... Nak sambut anniversary dengan rasa bersyukur, dengan memandang semua kurniaan nikmat yang Allah berikan kepada kami untuk disyukuri sebanyak-banyaknya...Insya-Allah...juga dengan doa hubungan kami ini sentiasa dalam rahmat, juga dikurniakan kebahagiaan tak bertepi dalam keadaan susah ataupun senang... Dari last week, saya remind suami tentang hari esok..haha..memang tak malu... :) hubby tanya nak ke mana esok?saya kata nak ke bulan, ke bintang..katanya ke masjid le, ada bulan dan bintang...hehe...kalau ada ceramah ke kat masjid best juga kan..tapi esok hari rabu, ada ke?huhu..bolehla kan..pergi keluar berdua dan pergi ke masjid untuk solat... :) Dalam hati, punya keinginan untuk jalan berdua dal

Kesilapan..bukan penghalang jalan taqwa...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan Yang Maha Sempurna..Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad saw.. Dalam kehidupan ini, dengan izin Allah, kita membuat pelbagai pilihan hidup..Beruntunglah bagi mereka yang membuat pilihan yang bijak dengan berpandukan hidayah dariNya..dan mereka yang tersilap membuat percaturan, Allah Yang Maha Baik tidak pernah sekalipun meninggalkan kita kerana pilihan itu..Allah itu lebih dekat dari urat leher kita sendiri, cuma perlulah kita berusaha menghubungkan hati kita denganNya, itu pesan guruku... Apa yang telah berlaku, tiada siapa yang dapat mengubahnya. Andai kita tertimpa musibah hasil pilihan buruk kita pada masa lalu, berusahalah untuk terus positif. Pandanglah pelajaran yang Allah selitkan di sebalik semua yang berlaku..Bertaubat, bertawakal, serahkan seluruh jiwa raga padaNya Yang Maha Sempurna dan teruskan kehidupan dengan berusaha meningkatkan ketaqwaan dan berhati-hati. Bukankah jalan