Quick Updates on Dengue

Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun ni, keluarga kami diuji dengan denggi.

Mula-mula adik ipar, lepas tu suaminya (adik saya) dan latest ni, moi Ammar Zafran yang soleh pula...

Masa adik di hospital, kami pernah tanya doctor tentang denggi ni..Kata doctor, denggi ni ada 3 fasa.

1) Demam
Demam dengan suhu tinggi tanpa symptom batuk atau selsema. Pesakit akan sangat lemah. Platlet pun dah mula drop dari paras normal masa ni (Normal ialah antara 200-500).

2) Kritikal
Lepas demam kebah, masuk fasa kritikal. Pesakit masih lemah dan ada kemungkinan platlet boleh drop lagi. Darah jadi pekat, dan itu membahayakan. Sebab tu pesakit perlu minum air dengan banyak.

 3) Recover
Bila bacaan platlet mula meningkat ke paras normal (around 200)

Macam Ammar, hari pertama tu memang tak bangun langsung dari pagi ke malam... Masa bawa ammar ke klinik, dah hari ke-6 demam. Platlet 115, dan based on berat 14kg, doc advise untuk ambil cecair (air, minuman isotonic, sup) sekurang-kurangnya 1200ml..Huhu, tak belajar pula dari doc cara pengiraan tu tapi kalau ke klinik doc boleh kirakan rasanya...

Doc bekalkan dengan paracetamol masa hari ke-6 tu. Balik tu cari ketam dan buat sup ketam. Ammar yang suka maggi, ibu bagi makan maggi dengan sup ketam...Tapi ibu dah pesan boleh makan maggi time sakit je...Lepas ni nak kena sorok la maggi-maggi tu..hihi..

Hari ke-7, ambil darah lagi dan platlet dah naik ke 120, Alhamdulillah...Demam pun dah kebah dan ammar Nampak lebih aktif. See, nak jugak pakai topeng ultraman ke klinik.


Ultraman ni happy nak ambil darah tau :p

Alhamdulillah, Allah kurangkan beban jiwa ibu dengan jadikan Ammar Zafran anak yang kuat...Ammar x menangis langsung waktu diambil darah. Kuatnya anak ibu, unlike his mother..hehe.. Ibu doakan Ammar jadi anak kecil yang soleh, kuat dan berani macam nabi Daud a.s ye...

Oleh sebab hari ke7 tu hari Khamis dan Ammar Nampak aktif. doc bagi next appointment untuk cek darah pada hari Isnin minggu depan. Tapi pesan doc, kalau ada apa2 kecemasan boleh terus bawa ke hospital. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja...

Hari ke-10 (Isnin), ibu bawa Ammar ke klinik lagi untuk ambil darah.. Bacaan platlet ammar dah 430.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah... :D Ammar dah recover sepenuhnya dari denggi.

Alhamdulillah... :)






Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah