Posts

Showing posts from March, 2012

Hasan Al Banna; Aku ingin menyampaikan dakwah ini sehingga ke janin dalam perut ibunya .

Get this from blog "Layakkah Aku Menjadi Bidadari Syurga" - Pedoman buat ibu, alhamdulillah.. Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” “Ya,” jawab anak itu singkat. ” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) “Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih m

Di mana bahagia itu?

Image
Setelah kehendak nafsu dipenuhi, tuntutan dunia dilunaskan dan badan penat menanggung beban itu..terciptakah bahagia? TIDAK , sekiranya tiada rasa kehambaan dan rasa bertuhan menemani secebis perjalanan kehidupan... Astaghfirullahal'adzim...maafkanku wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, yang kasih sayangnya begitu luas, masih jauh lebih banyak berbanding kasih seorang ibu kepada anaknya... Walaupun diri ini banyak sekali berbuat mungkar, gagal mengawal nafsu dan terdengar bisikan syaitan, masih tetap Kau beri nikmat yang tidak dapat aku hitungkan.. Semasa lipat kain, ibu cuba hayati azan subuh di televisyen. Sesudah itu, ibu panjatkan doa supaya Allah lembutkan hati ibu yang keras, semoga hati ibu dan ayah dihubungkan dengan rasa cinta pada-Nya... Pagi ini, sewaktu sujud dalam solat subuh, lutut ibu berbunyi, seolah tulangnya kembali ke posisi asal..Alhamdulillah, selepas itu, rasa kurang sakit lutut yang sering ibu alami..Ya Allah, Maha Baik Engkau, sedangkan aku ini masih lagi selalu

Suami isteri

Image
Bismillah... Benarlah antara lelaki dan perempuan itu punya perbezaan yang ketara, tetapi perbezaan itulah hikmah pertemuan suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Sisi pandang, cara fikir dan gerak langkah antara suami dan isteri tentu sekali ada perbezaan tapi Maha Suci Allah yang menciptakan perbezaan itu supaya suami isteri itu saling melengkapi. Seperti kepingan-kepingan puzzle... Perlu ada rasa sabar menanggapi setiap perbezaan supaya nanti hasilnya akan jadi sebuah seni yang sangat indah, InsyaAllah... Hati ini terasa sedikit tercalar akhir-akhir ini, lantas setiap perkara yang berlaku seringkali membuat ia makin sakit..Calar ini bukan salah siapa-siapa, melainkan salah diri sendiri yang gagal mengawal nafsu, yang sering termakan bisikan syaitan. Kepada Allah jua ibu mohon ampun, kepada ayah pun ibu perlu minta maaf..tapi rasa sangat malu sebab banyak betul rasanya ibu sakitkan hati ayah, gagal jadi teman yang baik.. :( Anak-anak ibu perlu tahu bahawa ayah seorang yang sangat