Di mana bahagia itu?
Setelah kehendak nafsu dipenuhi, tuntutan dunia dilunaskan dan badan penat menanggung beban itu..terciptakah bahagia? TIDAK, sekiranya tiada rasa kehambaan dan rasa bertuhan menemani secebis perjalanan kehidupan...
Astaghfirullahal'adzim...maafkanku wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, yang kasih sayangnya begitu luas, masih jauh lebih banyak berbanding kasih seorang ibu kepada anaknya... Walaupun diri ini banyak sekali berbuat mungkar, gagal mengawal nafsu dan terdengar bisikan syaitan, masih tetap Kau beri nikmat yang tidak dapat aku hitungkan..
Semasa lipat kain, ibu cuba hayati azan subuh di televisyen. Sesudah itu, ibu panjatkan doa supaya Allah lembutkan hati ibu yang keras, semoga hati ibu dan ayah dihubungkan dengan rasa cinta pada-Nya...
Pagi ini, sewaktu sujud dalam solat subuh, lutut ibu berbunyi, seolah tulangnya kembali ke posisi asal..Alhamdulillah, selepas itu, rasa kurang sakit lutut yang sering ibu alami..Ya Allah, Maha Baik Engkau, sedangkan aku ini masih lagi selalu berbuat mungkar..Maafkan aku ya Allah, bantulah dan tuntunlah langkahku supaya tidak lagi tersasar dari jalan yang lurus...
Ni gambar amirul waktu demam..tidur lena ni, x sampai hati ibu nak alihkan..Sucinya wajah hamba yang tidak pernah lagi berdosa ini. Ya Allah, jadikanlah anak-anakku hambaMu yang soleh..amin.. :)

Comments