Suami isteri

Bismillah...

Benarlah antara lelaki dan perempuan itu punya perbezaan yang ketara, tetapi perbezaan itulah hikmah pertemuan suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Sisi pandang, cara fikir dan gerak langkah antara suami dan isteri tentu sekali ada perbezaan tapi Maha Suci Allah yang menciptakan perbezaan itu supaya suami isteri itu saling melengkapi.

Seperti kepingan-kepingan puzzle... Perlu ada rasa sabar menanggapi setiap perbezaan supaya nanti hasilnya akan jadi sebuah seni yang sangat indah, InsyaAllah...

Hati ini terasa sedikit tercalar akhir-akhir ini, lantas setiap perkara yang berlaku seringkali membuat ia makin sakit..Calar ini bukan salah siapa-siapa, melainkan salah diri sendiri yang gagal mengawal nafsu, yang sering termakan bisikan syaitan. Kepada Allah jua ibu mohon ampun, kepada ayah pun ibu perlu minta maaf..tapi rasa sangat malu sebab banyak betul rasanya ibu sakitkan hati ayah, gagal jadi teman yang baik.. :(

Anak-anak ibu perlu tahu bahawa ayah seorang yang sangat baik pada kita, bertanggungjawab dan penyayang.. Tapi ayah juga manusia biasa, mana mungkin maksum tanpa dosa.. Tapi yang perlu kita ingat ialah kita juga tak pernah sunyi dari buat kesilapan..Jom kita berlapang dada k.. :) ibu penat bersedih-sedih dengan bisikan syaitan ni..Meh kita bersenam cara ayah k..
1. Pasang kekuda dulu
2. Saya tumbuk syaitan dan yahudi
3. Saya pijak-pijak nafsu



:) :) :)

Alhamdulillah..ok, ibu nak sms ayah minta maaf ni. Semoga ayah sudi maafkan dan semoga Allah hubungkan hati ibu, ayah dan kita semua dengan rasa cinta pada-Nya..amin..

Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah