Selamat ulangtahun kekasih.. :)
Hmm..inilah luahan rasa hati pada hari ulangtahun kita yang ke-3, sudah ditulis di atas selembar kertas tetapi masih belum diberi kepada yang tersayang.. ;p nantilah kot, tunggu masa yang lebih sesuai.. (Owh, kami tak raikan sangat tarikh2 ini, kadang2 saja..lately suami sgt sibuk, ciuman di pagi hari bila saya mengingatkan, memadailah untuk tahun ini..Allah sedang mengajar saya erti sabar dan qanaah.. :))
4 MY LOVE
Abang,
3 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama
Ku rasa masih jauh dari menjadi seorang pendamping & isteri solehah
Maaf jua ku pinta, kerana redha Allah terletak pada redhamu
Doakanlah..diriku layak menjadi bidadari penemanmu di syurga
Ku mahu kau tahu...
Hadirmu menenangkan
Senyummu membahagiakan
Tawamu menghiburkan
Guraumu menghilangkan sendu
Belaimu penawar dukaku
Doaku...
Semoga kau menjadi pemimipin bertakwa
Diriku menjadi isteri solehah yang setia
Anak-anak menjadi penawar kita
Dunia dan akhirat
Semoga cinta Allah menghubungkan hati kita
Kerana tanpa cintaNya dalam jiwa
Hilanglah segala rasa bahagia

Love and Care,
Isterimu
13/03/2012
Isterimu
13/03/2012
Comments