Posts

Showing posts from November, 2012

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Image
  Sumber Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama

Ammar is ThReE ^_^

Bismillah… Mon Ammar Zafran bin Rahman is 3 today, Alhamdulillah… Pagi-pagi lagi ibu nyani lagu Selamat Hari Lahir buat anak soleh ni J Selamat…selamat..selamat hari lahir Selamat dari kemurkaan Allah Selamat dari maksiat lahir dan batin Selamat bersyukur selamat bersabar …. Semangat ibu nyanyi sambil salin pampers dia, mamai je muka ammar..hehe..tapi Alhamdulillah mood dia pun baik pagi ni… Semalam ibu siapkan goodies buat kawan2 Ammar di taska. Niat di hati nak mengajar anak bahawa memberi itu lebih baik dari menerima. :) Ibu pun sedang belajar, sayang…sungguh untuk memberi kita perlu punya hati yang lapang dan penuh kasih sayang   serta ikhlas kerana Allah semata-mata..Penat ibu buat kek 2 adunan semalam, terus terkubur niat ibu nak wat side income jual muffin..hihi…tapi xpelah, ibu harap Allah terimanya sebagai satu kebajikan menggembirakan Ammar dan kawan2.. :D Tiada pun hadiah yang mahal2 buat Ammar sayang..Cuma ibu doakan Ammar jadi anak yang sol

Mazmumah

Bismillah... My random thaught today:- Sifat mazmumah dalam diri manusia menyebabkan harga dirinya jatuh.  Seorang yang pemarah menyebabkan orang lain cuba menjauhkan diri. Seorang yang kuat makan menyebabkan badan gemuk, tidak cergas dan akan kurang disenangi teman-teman jika dia sering makan berlebihan tanpa memikirkan orang lain. Seorang yang kuat tidur menyebabkan seseorang itu kurang efektif dan tidak produktif. Seorang yang tidak amanah akan sukar diberi kepercayaan. Seorang yang lalai dan selalu melupakan Allah merupakan seorang yang fasik dan berita darinya pun perlu diselidiki lantas menjadikan dia insan yang tidak dipercaya. Seorang yang suka bercakap akan terdorong mengatakan sesuatu yang sia-sia... etc etc etc Demi Allah, Islam sangat menitik berat dan mengajar umatnya tentang sifat-sifat mazmumah yang perlu kita hindari..demi keselamatan manusia itu sendiri.. Again , mujahadah itu sangat hebat apabila kita perlu berperang dengan nafsu sen

Perang di Gaza vs Perang Dalam Diri

Kisah di Palestine pasti membuatkan siapa pun rasa sakit dalam hati.. Bila melihat anak-anak saya riang bermain dalam suasana aman, tidak terfikir dan tergambar rasanya perasaan ibu-ibu di Palestin apabila bedilan bom sentiasa kedengaran..Mereka mungkin sudah membulatkan tekad untuk syahid..Gambar-gambar di fb dsb menunjukkan betapa teguh hati mereka menentang Israel yang sangat kejam. (Ya Allah, musnahkanlah Israel laknatullah!) Doa untuk kalian..insyaAllah akan selalu saya panjatkan, saudaraku..Semoga kalian terus tabah dan kuat semangat. Syahid dan syurgalah yang menanti kalian.. Allahuakbar..sangat malu rasanya apabila diri sendiri masih terkial-kial berperang dengan nafsu dan diri, sedangkan saudaraku di Gaza berperang dengan musuh nyata yang kejam dan zalim. Nafsuku yang liar, sudah! Aku tidak mahu mengikut tuntunanmu..Wangku ingin ku salurkan buat saudaraku yang memerlukan. Mungkin tidak banyak dapat ku sumbangkan, tapi lebih berbaloi dari mengikut kehendakmu yang tidak

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Image
Umur saya akan menginjak ke angka 28 tahun esok :) Alhamdulillah, syukur pada Allah..Sempena maal hijrah juga.. Saya sangat suka kenangkan kenangan dulu, sewaktu masih belajar di SMKJ2 dan juga di MRSM Kuantan..Kawan sebilik saya pula suka ingati kenangan dia di zaman universiti..Setelah kami buat perbandingan, ternyata kami berdua suka mengingati zaman di mana fitrah kami diisi dengan program yang mendekatkan kami kepada Tuhan.. Sewaktu di SMKJ2, setiap hari akan belajar mengaji, pergaulan lelaki perempuan juga terbatas..Sewaktu di MRSM pula, program yang disusun sangat mendekatkan jiwa kepada Allah. Usrah, ma'thurat, solat berjemaah setiap hari...aduh, rindunya pada zaman itu..Walaupun penat belajar, sangat seronok menganyam kenangan bersama teman-teman pelbagai ragam :) Zaman universiti? Sejujurnya, seronok saya banyak mengikut tuntutan jiwa muda. Bila dikenang kembali, banyak yang saya sesalkan..Tapi lumrah hidup manusia biasa..mana mungkin langit cerah sentiasa. Ta