28 tahun bernafas di bumi Tuhan...



Umur saya akan menginjak ke angka 28 tahun esok :)

Alhamdulillah, syukur pada Allah..Sempena maal hijrah juga..

Saya sangat suka kenangkan kenangan dulu, sewaktu masih belajar di SMKJ2 dan juga di MRSM Kuantan..Kawan sebilik saya pula suka ingati kenangan dia di zaman universiti..Setelah kami buat perbandingan, ternyata kami berdua suka mengingati zaman di mana fitrah kami diisi dengan program yang mendekatkan kami kepada Tuhan..

Sewaktu di SMKJ2, setiap hari akan belajar mengaji, pergaulan lelaki perempuan juga terbatas..Sewaktu di MRSM pula, program yang disusun sangat mendekatkan jiwa kepada Allah. Usrah, ma'thurat, solat berjemaah setiap hari...aduh, rindunya pada zaman itu..Walaupun penat belajar, sangat seronok menganyam kenangan bersama teman-teman pelbagai ragam :)

Zaman universiti? Sejujurnya, seronok saya banyak mengikut tuntutan jiwa muda. Bila dikenang kembali, banyak yang saya sesalkan..Tapi lumrah hidup manusia biasa..mana mungkin langit cerah sentiasa. Tapi, alhamdulillah, Allah sentiasa menarik, memberi peluang kepada hamba-Nya memperbaiki diri. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Zaman bekerja? Seronok juga berjumpa insan pelbagai ragam. Membina diri, mencari identiti sendiri. Kadang tergelincir juga..Dengan rahmat Allah, Dia tetap temukan saya dengan jalan yang benar. Permulaan alam pekerjaan, saya selalu stress. Alhamdulillah, Allah bagi jalan dengan bekerja di sektor awam. Di sini, cabarannya tetap ada, biasalah kan.. :) tapi, alhamdulillah stress level masih dapat dikawal.. :)

Alam rumahtangga? Saya punya impian membina rumahku syurgaku..Punya suami yang serasi, punya matlamat yang sama, kami akan terus berusaha menjaga diri dan keluarga dari api neraka..Mujahadah yang berterusan dan istiqamah sangat perlu, alhamdulillah Allah kurniakan sahabat taulan yang juga mengimpikan cinta dan redha Allah.. :)

Sedar tak sedar, dah hampir 28 tahun saya bernafas di bumi Tuhan.. Ya Allah, seperti layar skrin imbauan kenangan dalam minda. Subhanallah, bagaimana pula di akhirat nanti, bila Allah tayangkan amal perbuatan kita nanti..Ya Allah, bantulah diriku pada hari yang tiada pertolongan selain dariMu Ya Allah..

Lakaran hidup..kita sentiasa diberi pilihan.. Allah mengilhamkan sukma kafasikan dan ketakwaan. Beruntunglah bagi yang mensucikannya. Merugilah bagi yang mengotorinya.. Tuntunlah setiap langkahku Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang...

Comments

Anonymous said…
c'mas
tiba2 jumpa blog cmas..rindu!
sy pun rindu kehidupan di mrsm. kita sentiasa dekat dgn prgm2 yg dekatkan kita dgn Allah dan ada org yg sudi bimbing serta tegur kekhilafan diri.
tapi bila masuk uni dan alam pekerjaan, sy pun rasa tergelincir terlalu jauh...amalan waktu di maktab semakin hilang.jadi rindu dan sedih sbb x mampu kekalkan apa yg kita amal dulu..=(
mungkin kena cari "adam" yang blh memimpin ke arah lebih baik..=)
happy belated birthday c'mas...moga c'mas bahagia dan dirahmati Allah swt selamanya.

-husna-
Cimas Tc said…
Tq husna...saya pun rindu sangat dengan awak & kawan2 mrsm sume..best sgt rasa kenangan kat sana kan..tenang je walaupun nak amik SPM..kenangan terindah sungguh..

Tula, kita mmg mudah tergelincir kan..kerja syaitan la tu bila nafsu kita pun masih liar..hukhuk..doa saya moga kita sama2 diberi kekuatan mujahadah dan dibimbing Allah selalu.. :)

Dah jumpa 'adam'nye? :) husna still duk tempat lama ke?lama sungguh x jumpa..

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah