Ammar is ThReE ^_^
Bismillah…
Mon Ammar
Zafran bin Rahman is 3 today, Alhamdulillah… Pagi-pagi lagi ibu nyani lagu
Selamat Hari Lahir buat anak soleh ni J
Selamat…selamat..selamat hari lahirSelamat dari kemurkaan AllahSelamat dari maksiat lahir dan batinSelamat bersyukur selamat bersabar ….
Semangat ibu
nyanyi sambil salin pampers dia, mamai je muka ammar..hehe..tapi Alhamdulillah mood
dia pun baik pagi ni…
Semalam ibu
siapkan goodies buat kawan2 Ammar di taska. Niat di hati nak mengajar anak
bahawa memberi itu lebih baik dari menerima. :)
Ibu pun sedang belajar, sayang…sungguh untuk memberi kita perlu punya hati yang
lapang dan penuh kasih sayang serta ikhlas
kerana Allah semata-mata..Penat ibu buat kek 2 adunan semalam, terus terkubur
niat ibu nak wat side income jual muffin..hihi…tapi xpelah, ibu harap Allah
terimanya sebagai satu kebajikan menggembirakan Ammar dan kawan2.. :D
Tiada pun
hadiah yang mahal2 buat Ammar sayang..Cuma ibu doakan Ammar jadi anak yang
soleh, semoga sentiasa di dalam keberkatan dan semoga Ammar sentiasa bahagia
dalam cinta dan redha Allah…Ibu, ayah dan adik amirul sayang sangat kat ammar
tau..Ibu nak sangat kita berkumpul dalam syurga nanti..Bolehlah ammar kenal
atuk nanti :) Ya Allah, perkenankanlah…
Ammar dah
semakin petah bercakap..seronok berlawan cakap dengan dia. Semakin bijak dan
makin faham apa yang ibu dan ayah ajar..Cuma Ammar belum mumaiyiz lagi, jadi
masih belum bezakan baik buruk dan ibu ayah masih perlu banyaaaak bersabar
mendidik ammar :)
Alhamdulillah...
Comments