Perang di Gaza vs Perang Dalam Diri

Kisah di Palestine pasti membuatkan siapa pun rasa sakit dalam hati..

Bila melihat anak-anak saya riang bermain dalam suasana aman, tidak terfikir dan tergambar rasanya perasaan ibu-ibu di Palestin apabila bedilan bom sentiasa kedengaran..Mereka mungkin sudah membulatkan tekad untuk syahid..Gambar-gambar di fb dsb menunjukkan betapa teguh hati mereka menentang Israel yang sangat kejam. (Ya Allah, musnahkanlah Israel laknatullah!)

Doa untuk kalian..insyaAllah akan selalu saya panjatkan, saudaraku..Semoga kalian terus tabah dan kuat semangat. Syahid dan syurgalah yang menanti kalian..

Allahuakbar..sangat malu rasanya apabila diri sendiri masih terkial-kial berperang dengan nafsu dan diri, sedangkan saudaraku di Gaza berperang dengan musuh nyata yang kejam dan zalim.

Nafsuku yang liar, sudah!
Aku tidak mahu mengikut tuntunanmu..Wangku ingin ku salurkan buat saudaraku yang memerlukan. Mungkin tidak banyak dapat ku sumbangkan, tapi lebih berbaloi dari mengikut kehendakmu yang tidak pernah puas!

Ya Allah, bantulah diriku yang lemah..

Kurniakan daku sifat pemurah dan qanaah..

Tuntunlah setiap langkahku dan saudara-saudaraku menuju redhaMu...

Disertakan artikel dari Ust Hasrizal buat makanan rohani dan semangat kita semua...

http://saifulislam.com/?p=304

Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah