Posts

Happy Post :D

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Dalam kehidupan yang penuh ujian, Allah Yang Maha Sempurna tetap selitkan kemanisan dalam hidup kita. Mungkin kadangkala kita tak nampak, tapi andai kita cuba selusuri nikmat yang Allah berikan, nescaya kita akan merasa betapa tidak terhitung pemberiannya..Sekalipun perkara itu tidak kita sukai, tetapi yakinlah tetap ada kebaikannya untuk kita.. :) Hari ni, ada banyak perkara yang buat saya rasa gembira. Antaranya:- Saya bertemu dan belajar sesuatu yang penting melalui insan2 sekeliling pekerjaan saya. Dato' Norrizan said this morning " Tak perlu salahkan orang dulu-dulu as we are moving forward. Kalau tak, tak bergeraklah kita " . This is so true and needed in our daily life. Yes, we did mistake, admit it, correct it and move forward. Kalau berdosa, mohonlah ampun pada Allah dan teruskanlah perjalanan kehidupan kita dengan lebih baik, InsyaAllah... :) Dua orang sahabat saya disahkn mengandung. Soooo happy on their behalf.. Alhamdulilla...

Kitakah isteri yang dicari?

Image
Alhamdulillah, perkongsian dari saudari Nurul Adni, http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/11/kitakah-isteri-yang-dicari.html  Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami. Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu.. Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P [Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…] Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu… Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang pen...

Selamat ulangtahun kekasih.. :)

Hmm..inilah luahan rasa hati pada hari ulangtahun kita yang ke-3, sudah ditulis di atas selembar kertas tetapi masih belum diberi kepada yang tersayang.. ;p nantilah kot, tunggu masa yang lebih sesuai.. (Owh, kami tak raikan sangat tarikh2 ini, kadang2 saja..lately suami sgt sibuk, ciuman di pagi hari bila saya mengingatkan, memadailah untuk tahun ini..Allah sedang mengajar saya erti sabar dan qanaah.. :)) 4 MY LOVE Abang, 3 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama Ku rasa masih jauh dari menjadi seorang pendamping & isteri solehah Maaf jua ku pinta, kerana redha Allah terletak pada redhamu Doakanlah..diriku layak menjadi bidadari penemanmu di syurga Ku mahu kau tahu... Hadirmu menenangkan Senyummu membahagiakan Tawamu menghiburkan Guraumu menghilangkan sendu Belaimu penawar dukaku Doaku... Semoga kau menjadi pemimipin bertakwa Diriku menjadi isteri solehah yang setia Anak-anak menjadi penawar kita Dunia dan akhirat Semoga cinta Allah menghubungkan hati kita Kerana tanpa cin...

Suami isteri II

Image
Bismillahirrahmanirrahim... " Sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan" - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Lately, entry blog ni macam sedih-sedih je..hehe..bukan tiada perkara yang menggembirakan..Banyak sebenarnya, tapi entah kenapa suka tulis masa tengah sedih sebab cara tu macam pujuk diri sendiri juga.. :) Kami suami isteri masih dalam ujian Allah (susah senang adalah ujian jua), tapi sekarang mungkin lebih kepada ujian kesusahan...Semoga Allah mengiringkan kesabaran dan kekuatan yang banyak kepada kami untuk terpilih menjadi hambaNya yang soleh dan bertakwa dalam apa juga keadaan. Kerana tanpa ingatan padaNya, tanpa iman kepada Allah serta 5 perkara wajib, bagaimana kami dapat merasa bahagia dan tenang di dunia yang fana ini... Di waktu senang, suamiku tidak pernah berkira..diberikan apa yang diminta..Di waktu susah juga begitu sebenarnya. Bila kebimbangan diluahkan, cuma pesannya kurangkan shopping..itu saja :) Kad...

Hasan Al Banna; Aku ingin menyampaikan dakwah ini sehingga ke janin dalam perut ibunya .

Get this from blog "Layakkah Aku Menjadi Bidadari Syurga" - Pedoman buat ibu, alhamdulillah.. Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” “Ya,” jawab anak itu singkat. ” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) “Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih m...

Di mana bahagia itu?

Image
Setelah kehendak nafsu dipenuhi, tuntutan dunia dilunaskan dan badan penat menanggung beban itu..terciptakah bahagia? TIDAK , sekiranya tiada rasa kehambaan dan rasa bertuhan menemani secebis perjalanan kehidupan... Astaghfirullahal'adzim...maafkanku wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, yang kasih sayangnya begitu luas, masih jauh lebih banyak berbanding kasih seorang ibu kepada anaknya... Walaupun diri ini banyak sekali berbuat mungkar, gagal mengawal nafsu dan terdengar bisikan syaitan, masih tetap Kau beri nikmat yang tidak dapat aku hitungkan.. Semasa lipat kain, ibu cuba hayati azan subuh di televisyen. Sesudah itu, ibu panjatkan doa supaya Allah lembutkan hati ibu yang keras, semoga hati ibu dan ayah dihubungkan dengan rasa cinta pada-Nya... Pagi ini, sewaktu sujud dalam solat subuh, lutut ibu berbunyi, seolah tulangnya kembali ke posisi asal..Alhamdulillah, selepas itu, rasa kurang sakit lutut yang sering ibu alami..Ya Allah, Maha Baik Engkau, sedangkan aku ini masih lagi selalu...

Suami isteri

Image
Bismillah... Benarlah antara lelaki dan perempuan itu punya perbezaan yang ketara, tetapi perbezaan itulah hikmah pertemuan suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Sisi pandang, cara fikir dan gerak langkah antara suami dan isteri tentu sekali ada perbezaan tapi Maha Suci Allah yang menciptakan perbezaan itu supaya suami isteri itu saling melengkapi. Seperti kepingan-kepingan puzzle... Perlu ada rasa sabar menanggapi setiap perbezaan supaya nanti hasilnya akan jadi sebuah seni yang sangat indah, InsyaAllah... Hati ini terasa sedikit tercalar akhir-akhir ini, lantas setiap perkara yang berlaku seringkali membuat ia makin sakit..Calar ini bukan salah siapa-siapa, melainkan salah diri sendiri yang gagal mengawal nafsu, yang sering termakan bisikan syaitan. Kepada Allah jua ibu mohon ampun, kepada ayah pun ibu perlu minta maaf..tapi rasa sangat malu sebab banyak betul rasanya ibu sakitkan hati ayah, gagal jadi teman yang baik.. :( Anak-anak ibu perlu tahu bahawa ayah seorang yang sangat...