Posts

Showing posts from 2012

Are we learning?

Image
Our life is a journey of learning... I've once met a Muslim with un-muslim attitude, And a non-muslim with appealing character, And I start admiring the non-muslim... Later, I got to know how great is our Prophet's character, I learn more about our-self... Then I realize how beautiful Islam is.. How Great Allah are.. How can people change and be beautiful because of Islam... And how our pride can be down when we neglect Islam... The Almighty Allah, Rasulullah saw and Islam.. I've fallen in love with them... And when the love is in my heart.. I learn how to love all around me.. The Muslim with un-muslim attitude, And the non-muslim with appealing character.. Allah gave me the strongest weapon, Doa..for all my beloved friends.. May Allah grant us all with guidance and blessing.. Until we can meet again in Jannah.. Our journey never end.. ^_^

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Image
  Sumber Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama

Ammar is ThReE ^_^

Bismillah… Mon Ammar Zafran bin Rahman is 3 today, Alhamdulillah… Pagi-pagi lagi ibu nyani lagu Selamat Hari Lahir buat anak soleh ni J Selamat…selamat..selamat hari lahir Selamat dari kemurkaan Allah Selamat dari maksiat lahir dan batin Selamat bersyukur selamat bersabar …. Semangat ibu nyanyi sambil salin pampers dia, mamai je muka ammar..hehe..tapi Alhamdulillah mood dia pun baik pagi ni… Semalam ibu siapkan goodies buat kawan2 Ammar di taska. Niat di hati nak mengajar anak bahawa memberi itu lebih baik dari menerima. :) Ibu pun sedang belajar, sayang…sungguh untuk memberi kita perlu punya hati yang lapang dan penuh kasih sayang   serta ikhlas kerana Allah semata-mata..Penat ibu buat kek 2 adunan semalam, terus terkubur niat ibu nak wat side income jual muffin..hihi…tapi xpelah, ibu harap Allah terimanya sebagai satu kebajikan menggembirakan Ammar dan kawan2.. :D Tiada pun hadiah yang mahal2 buat Ammar sayang..Cuma ibu doakan Ammar jadi anak yang sol

Mazmumah

Bismillah... My random thaught today:- Sifat mazmumah dalam diri manusia menyebabkan harga dirinya jatuh.  Seorang yang pemarah menyebabkan orang lain cuba menjauhkan diri. Seorang yang kuat makan menyebabkan badan gemuk, tidak cergas dan akan kurang disenangi teman-teman jika dia sering makan berlebihan tanpa memikirkan orang lain. Seorang yang kuat tidur menyebabkan seseorang itu kurang efektif dan tidak produktif. Seorang yang tidak amanah akan sukar diberi kepercayaan. Seorang yang lalai dan selalu melupakan Allah merupakan seorang yang fasik dan berita darinya pun perlu diselidiki lantas menjadikan dia insan yang tidak dipercaya. Seorang yang suka bercakap akan terdorong mengatakan sesuatu yang sia-sia... etc etc etc Demi Allah, Islam sangat menitik berat dan mengajar umatnya tentang sifat-sifat mazmumah yang perlu kita hindari..demi keselamatan manusia itu sendiri.. Again , mujahadah itu sangat hebat apabila kita perlu berperang dengan nafsu sen

Perang di Gaza vs Perang Dalam Diri

Kisah di Palestine pasti membuatkan siapa pun rasa sakit dalam hati.. Bila melihat anak-anak saya riang bermain dalam suasana aman, tidak terfikir dan tergambar rasanya perasaan ibu-ibu di Palestin apabila bedilan bom sentiasa kedengaran..Mereka mungkin sudah membulatkan tekad untuk syahid..Gambar-gambar di fb dsb menunjukkan betapa teguh hati mereka menentang Israel yang sangat kejam. (Ya Allah, musnahkanlah Israel laknatullah!) Doa untuk kalian..insyaAllah akan selalu saya panjatkan, saudaraku..Semoga kalian terus tabah dan kuat semangat. Syahid dan syurgalah yang menanti kalian.. Allahuakbar..sangat malu rasanya apabila diri sendiri masih terkial-kial berperang dengan nafsu dan diri, sedangkan saudaraku di Gaza berperang dengan musuh nyata yang kejam dan zalim. Nafsuku yang liar, sudah! Aku tidak mahu mengikut tuntunanmu..Wangku ingin ku salurkan buat saudaraku yang memerlukan. Mungkin tidak banyak dapat ku sumbangkan, tapi lebih berbaloi dari mengikut kehendakmu yang tidak

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...

Image
Umur saya akan menginjak ke angka 28 tahun esok :) Alhamdulillah, syukur pada Allah..Sempena maal hijrah juga.. Saya sangat suka kenangkan kenangan dulu, sewaktu masih belajar di SMKJ2 dan juga di MRSM Kuantan..Kawan sebilik saya pula suka ingati kenangan dia di zaman universiti..Setelah kami buat perbandingan, ternyata kami berdua suka mengingati zaman di mana fitrah kami diisi dengan program yang mendekatkan kami kepada Tuhan.. Sewaktu di SMKJ2, setiap hari akan belajar mengaji, pergaulan lelaki perempuan juga terbatas..Sewaktu di MRSM pula, program yang disusun sangat mendekatkan jiwa kepada Allah. Usrah, ma'thurat, solat berjemaah setiap hari...aduh, rindunya pada zaman itu..Walaupun penat belajar, sangat seronok menganyam kenangan bersama teman-teman pelbagai ragam :) Zaman universiti? Sejujurnya, seronok saya banyak mengikut tuntutan jiwa muda. Bila dikenang kembali, banyak yang saya sesalkan..Tapi lumrah hidup manusia biasa..mana mungkin langit cerah sentiasa. Ta

Sedikit Ujian Sejuta Rahmat Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.. "Sungguh benar, andai kita redha terhadap ujian yang Allah berikan kepada kita, Allah akan beri ganti yang lebih baik dari itu" Beberapa tahun lalu, saya  punya seorang sahabat yang pernah berkata dia tidak pernah besedih andai kehilangan sesuatu kerana dia yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Saat mendengar itu, saya terkesima..kerana saya sering merasa sedih atas kehilangan sesuatu... Masa berlalu..kehidupan saya dalam tanganNya, Tuhan Yang Maha Baik..susah senang ujian dariNya saya lalui, sambil berusaha belajar dari setiap yang berlaku...ujian kehilangan kadangkala menjengah, dan saya usaha bersabar, redha dan mengharapkan bantuan dari Allah..Alhamdulillah, saya makin mengerti dan dapat rasakan apa yang sahabat saya ungkapkan suatu waktu dulu.. :) Terima kasih, sahabat.. Andai dapat saya kongsikan, baru-baru ini pengasuh anak saya menghilangkan diri..saya juga kehilangan telefon saya..Hmm..bila berdepan situasi ini, saya mer

Salah hormonkah?

Bismillahirrahmanirrahim... Saya akan sangat selalu beremosi bila datang bulan, waktu mengandung, waktu berpantang...air mata, emosi berkecamuk..saya x suka diri saya waktu2 macam tu.. ok, secara scientific, sebab perubahan hormon...and that's it..how to cure?entahlah... Tapi, bila difikir kembali, sampai bila nak salahkan hormon? Bukankah Allah itu Maha Berkuasa berbanding hormon dalam badan saya ni? Saya terasa sangat tentang perkara ni bila dengar penerangan seorang ustazah dalam radio ikim baru-baru ni... Ustazah anjurkan untuk selalu berzikir dengan zikir nabi Yunus " Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin "  Tiada Tuhan selainMu (Allah), Maha Suci Engkau (Allah), sesungguhnya aku termasuk orang2 yang zalim.. Semoga dengan zikir ini, Allah lapangkan diri kita dari segala rasa yang membelenggu kita dari berbuat kebaikan... Kata ustazah lagi, manusia itu menjadi hina dalam 4 keadaan:- 1) Apabila manusia menurut hawa nafsu 2) Apabila manusia

Anak-anakku...

 Bismillah.. Sudah 2 minggu ammar dan amirul dihantar ke taska ummi..tapi mereka masih belum serasi..menangis waktu dihantar..aduh, ibu menangis dalam hati juga setiap hari.. Tapi, biasanya ammar kelihatan riang di petang hari bila ibu menjemput pulang..Kata ummi, ammar paling suka bila berdiri ramai-ramai dan berzikir..alhamdulillah, ni sebab utama an amirul ke taska ummi..adik je menangis bila nampak ibu..hmm..Ya Allah, permudahkanlah.. Bila di rumah, ammar mudah jadi pemarah..semua orang dimarahnya..semalam, ibu x sihat, diam jela bila dia marah2..akhirnya, dia datang kat ibu dan cakap, "Ibu, ammar tak nak pegi annur (taska ummi)..ammar nak duk rumah je".. Pagi ni pun, dia salam ibu dan ayah di rumah, as if dia nak nak duduk rumah bila ibu dan ayah pergi kerja.. Mungkin emosi dia masih tak stabil, sebab tu dia mudah marah..Nak, ibu doakan Allah beri ketenangan ke dalam hati ammar ye..ammar happy-happy je ye sayang..nanti Allah sayang, nabi sayang, ibu sayang, ayah

Mixed Feelings ' _ '

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Hari ni muka rasa ketat sangat..rasa susah nak senyum..puncanya hati yang caca marba ni..a s if I can feel that my nafs trying to persuade me to do incorrect things..and I've been praying last night, asking strength from Allah to beat my own nafs.. These few days, I realized that I might have been doing improper things coz following my nafs..and it make me hate myself..huhuhu..This is really a tough battle indeed.. and today I am fasting..this is one way to control our nafs. O Allah, I only hope the strength, the sabr from You, My Highest Rabb... I think I am having PMS too.. Scientifically, hormonal change can lead to emotional distortion as well, but, I do not want this to make me far from Allah, far from His Blessings..I might not feel happy right now, but I must defeat this feelings..It make people around me, my loved ones affected. Please help me O Allah..You are The Creator of this feeling, only You I hope to erase it, replace it with happines

Rendang Oh Rendang..

Rendang sangat sinonim dengan raya kan..Dan saya sebelum ni tak pernah masak rendang sendiri..Masa raya, ada mak, mak mertua dan kakak-kakak yang lebih expert masak rendang..Jadi, saya tolong sikit-sikit je.. :D Dan reason utama tak pernah masak sendiri sebab ada perception yang buat rendang ni sangat susah dan leceh..Kenapa?Sebab...dulu2 masa kat jengka, bila time raya nak buat rendang ni, banyak preparation yang kena dibuat. Antaranya: Kena korek lengkuas, kunyit kat belakang rumah Kene petik daun kunyit Kene mesin kelapa..banyak tau..huhu..(mak akan kopek dan belah, saya mesin) Kene perah santan banyak-banyak (sebab nak buat lodeh sekali) Kene kacau rendang tu lama2.. Lepas tu banyaknya nak basuh pinggan mangkuk...huhuhu... Waa...dah la masa puasa, terasa sangat la penatnye nak buat rendang ni... Raya baru ni kat rumah K.lang, bila sampai rendang dagingnya dah masak bila kitorang sampai..hehe..tapi Kak Lang rajin bercerita, kongsi tips nak masak rendang ni.. Mula2 poton

Muhammad Amirul sayang...

Bismillahirrahmanirrahim.. Baru perasan yang ibu start tulis blog ni masa ammar umur setahun sebulan..Sekarang Amirul dah setahun 2 bulan..cepatnya masa berlalu.. Bila baca semula entry ni , rasa kelakar pula..Amirul pun sama je macam abang dia, macam2 ulah anak-anak ibu ni. Muhammad Amirul dah boleh berjalan sendiri hari Jumaat sebelum lebaran tempoh hari..Alhamdulillah.. Seronok betul dia bila dah boleh jalan. :D Ibu, ayah, abang dan sepupu2 pun seronok tengok Amirul.. Muhammad Amirul sayang ni garang juga orangnye..Kalau ibu larang2, ada je nak balas balik mulutnya, sambil tangan nak pukul2 orang..huhu..kene pastikan kuku sentiasa pendek supaya tak calar-balar kita ye..hehe..Adik Amirul sangat mudah senyum dan ketawa sebenarnya..comel je bila budak2 ketawa kan..it's a therapy for adults sebenarnya kan.. :) Nak tidurkan adik Amirul tak susah, cuma susukan dia sampai terlena..Nikmatnya susukan anak ni, syukur pada Allah..Sambil menyusukan, boleh nyanyi, zikir dan doa untuk

Back to work!

Bismillah... Macam baru semalam je seronok start cuti..tetiba dah kene kerja semula..huhu.. Berat rasa nak pergi kerja tadi..sama je macam perasaan dulu2 bila sekolah dah nak buka semula bila dah lama bercuti...Bezanya, dulu nangis tapi sekarang dah boleh kontrol..hehe.. Tapi..hidup perlu diteruskan..Semoga mujahadah dalam hidup ini sentiasa dibantu Ilahi, diberkati setiap langkah kaki sehingga kembali ke alam kekal abadi... Note: Baru start puasa hari ni, didorong roommate yang baik hati :)

Salam Lebaran di Penghujung Ramadhan

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, malam tadi berpeluang ke masjid, teman suami bertarawih (ibu bercuti) sambil jaga anak2. Meriah di masji al-azim pandan indah, ramai juga anak2 di sana. Dan alhamdulillah, Allah beri ibu 2 cute helpers yang rajin tolong jaga ammar dan amirul. Tasnim dan adiknya, Ain Salsabila sangat teruja nak jaga dan main2 dengan anak2 ibu.. Berpeluang jumpa adik asyraf (1 year, 7 months) yang sangat steady dan lucu. Dia sangat fokus, tak kisah tentang orang lain. Capai je apa yang dia nak, termasuk botol susu Ammar. Nak tergelak je tengok keletah kanak-kanak yang tiada dosa ni :D Berada di masjid sangat menenangkan..mungkin aura semua orang di masjid, dengan tujuan beribadat kepada Allah kan.. Tapi sedih juga bila ingat Ramadhan yang bakal pergi ni..Jom berdoa banyak2 mohon keampunan dari Allah. Semoga Ramadhan berlalu dengan pengampunan Tuhan supaya kita kembali bersih sesuci fitrah di hari lebaran..

Ramadhan bakal pergi...

Bismillahirrahmanirrahim... 26 Ramadhan... Sebentar saja lagi Ramadhan bakal pergi.. Entah kenapa, terasa gagal dalam ujian.. Di sekolah Ramadhan ini... Akhlak diri masih tidak sempurna Banyak cacat celanya.. Amalan di bulan mulia.. Masih sangat kurang.. Dosa dan pahala.. bercampur juga kadangkala.. Sebaknya...Sedihnya... Ya Allah, takut sekali aku menjadi hambaMu yang celaka.. Jika Ramadhan berlalu tanpa pengampunanmu.. Dengan itu ya Allah, aku mohon sepenuh hati.. Maafkanlah daku, hambaMu yang banyak berdosa.. Maafkanlah suamiku, kedua orang tua kami, kaum keluarga, Sahabat handai dan seluruh muslimin muslimat... Maafkanlah daku wahai Tuhanku Yang Maha Agung.. Janganlah Kau biarkan aku tenggelam dalam dosa ini.. Pimpinlah aku, tariklah aku ke jalan yang Engkau Redhai.. Diberi cuti olehMu di penghujung Ramadhan ini.. Adakah tanda kemurkaanmu padaku ya Allah? Atau hadiah kasih sayangMu ya Allah.. Sangka baikku..kerana Engkaulah Yang Maha Baik.. Bantulah

Hurmm...

Image
Bismillah... Perasaan saat ini Kita mungkin pernah mendakwa dirinya ikhlas, tidak kisah akan ujian yang datang... Tapi  bila ujian itu sampai, benarkah ikhlas kita itu kerana Allah? Mampukah kita hadapi dan terima dengan sabar? Dan mampukah akhirnya kita redha? Saya pernah berjumpa insan seperti ini... Dia memang baik, tetapi begitu suka menceritakan kebaikannya.. Bersangka baiklah..kerana kita sendiri selalu melihat kebaikannya.. Dan dari situ kita turut boleh mencontohi kebaikannya... Tetapi, pernah juga saya dengar, orang yang mewar-war kebaikannya.. Pahala amalannya sia-sia.. Hmm..cuma mampu doakan kebaikan jua untuknya.. Semoga amalannya tetap diterima Allah.. Mungkin kerana niatnya bukan riyak sewaktu menceritakan kebaikannya.. Tapi, insan biasa mana mungkin bisa baik sepanjang masa... Saat kejahatannya terpamer depan mata, apakah langkah kita? Membiarkan..kasihan.. Menegur..kita semula dimarahnya.. Hurmm...biarlah dia sejuk dahulu.. Dalam pada itu, d

CABARAN MENJADI SEORANG IBU DAN BONDA…

Image
Semasa mengandung.. Penatnya perut menanggung beban selama 9 bulan.. tetapi tetap rasa gembira bila membayangkan bakal khalifah kecil yang bakal berada dalam pelukan.. Semasa bersalin.. Sakitnya menanggung contraction… Tetapi tetap sabar menanggung ujian penghapus dosa.. Sakitnya mengeluarkan bayi.. Terus hilang tatkala menatap wajah si kecil yang suci tanpa dosa.. Semasa berpantang… Penatnya menjaga anak yang baru menjenguk dunia.. Tetapi belajar bersabar kerana itulah amanah yang Allah berikan.. Sewaktu anak masih kecil.. Tercabarnya melayan karenah anak yang sedang belajar meneroka dunia.. Hanya mahu katanya dituruti tanpa mahu memahami risiko.. ;p Tetap cuba bersabar, mohon kekuatan dari RabbNya.. Kerana Idola Teragung sangat kasihkan kanak-kanak yang tiada dosa… Anak-anak yang suka meneroka dunia Saat anak mula mumaiyiz… (Belum berpengalaman sendiri ) Perlu bersabar mendidik anak tentang baik buruk.. Mendidik anak beribadat kep

Evil Eyes

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, malam tadi dapat perkongsian yang sangat berguna dari seorang sahabat..Katanya, pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz tentang jin..Jin dan syaitan ini sangat mudah masuk ke dalam badan manusia, antaranya melalui evil eyes ini. Bagaimana yang dikatakan dengan evil eyes ? Hmm..contohnya bila kita lihat seseorang, terus ada lintasan jahat atau rasa kurang enak dalam hati kita..(Hmm..saya pun punya masalah ini sebenarnya..tak tahulah kenapa boleh rasa tak suka kepada seorang yang tidak berdosa :( ) Ataupun, bila kita tahu tentang kebaikan atau kelebihan seseorang, timbul lintasan rasa kurang enak dalam hati kita...contohnya pertanyaan "Kenapa bukan aku?"... Haa..pernah tak rasa lintasan ni dalam hati? Inilah sebenarnya bisikan syaitan..lahir dari evil eyes ni..Jika kita turutkan, syaitan dengan mudahnya akan masuk ke dalam tubuh kita, merasuk kita menjadi seorang yang pemarah dan menyuburkan sifat-sifat mazmumah lainnya.. Na

My Beloved Gadget...

Image
5.30 pm: Huhu..sedihnye...nak pam susu untuk Amirul ni..tapi my beloved gadget, Ms Ameda macam meragam je..Ya Allah, permudahkanlah urusanku... My Beloved Gadget Hmm..nanti try guna bateri pula kat rumah..Doa2 boleh la berkhidmat seperti biasa..kalau tak, bila pula nak jumpa Mr Tan di PJ untuk service?Ya Allah, berikanlah jalan keluar..aminn... 5.40 pm: Alhamdulillah, pujian yang paling sempurna buat-Mu Ya Allah.. my beloved gadget dah berfungsi seperti biasa..dah almost 2 years guna, alhamdulillah..I love you, Ms Ameda.. :) I love You, Allah :D Note : Selalu Allah bagi kita teguran manja seperti ini kan..peringatan kecil untuk kita muhasabah tentang kesilapan yang telah kita lakukan..Hari ni, ada juga kesilapan yang telah saya lakukan, sedar dan tanpa sedar..Astaghfirullahal'adzim... Jom kita teliti teguran kecil dari Allah, untuk cari dan muhasabah diri..moga cubitan sayang Allah tidak menjadi terlalu keras hingga kita tersentak, dan baru menyedari dosa kita pada

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

Bismillah...Alhamdulillah, Amirul genap setahun hari ni. Amirul dah besar, dan dah ada macam-macam karenah yang selalu buat ibu ketawa je...kami saling geram antara satu sama lain, saling suka menggigit...hehe..Amirul dah setahun, gigi dah ada 7 batang, seronok main gigit2... :D 28.06.2011 , tarikh lahir muhammad amirul..due date ialah 26 jun, overdue 2 hari walaupun tanda dah keluar pada 25 jun..Walaupun kelahiran yang ke-2, sakit, debar dan segalanya masih sama seperti yang pertama..Cuma dapat expect apa yang akan berlaku..Contohnya akan dijahit (erk, itu hanya menambahkan debar) hehe.. Jumaat malam, 25 jun 2011 tu keluar tanda lendir darah..abang keluar main badminton, so bgtau mak..pastu asyik rasa nak qadha hajat je..hihi..contraction xde lagi..pastu dalam kul 2 pagi, rasa macam...splash..ingatkan darah, tp cuma lendir je..esok pagi pergi cek kat hospital, doc kata belum masa lagi..ok, so balik umah semula..hari ahad pun macam xde apa2 lagi..owh, rasa macam banyak benda belum

Hari Jumaat Yang Best

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Saya sangat suka hari Jumaat, penghulu segala hari ni.. Antaranya..sebab setiap pagi di ofis ada majlis bacaan yasin, lepas tu bersalam-salaman..Masa ni la kesempatan untuk minta maaf dengan semua orang..Lapang dada rasanya bila saling memaafkan ni.. Alhamdulillah, syukur padaMu yaAllah... Anak muslim itu, selalu minta maaf bila bersalah..Anak muslim itu selalu memaafkan kesalahan teman.. (: lagu anak-anak :)

Kenapa Cimas?

Dari kecil lagi, family dah panggil Cimas..Mak kata sebab tak sedap panggil satu suku kata, Mas je..nak panggil Maslina macam panjang je..Entah macam mana, boleh keluar Cimas pulak.. ;p Sampai la ke universiti, saya senang dipanggil Cimas..Senang kan..sebab rasanya tak ada orang kot guna nama tu...Tapi, dah kerja kene formal la, guna nama sebenar jela... Tadi, cari jap meaning Cimas..owh..ada dalam bahasa French rupanye.. "The tops as in 'the top of the hills' = Las cimas de las colinas " Owh, I would like to be at the top..top of the hills, top in my study, top in my work, top as a mother and wife, ....and to be in the top jannah... :) everybody want to be at the top... O Cimas..that will require lots of work hard, patience, preservence , doa and strength from The Almighty Allah.. Jia yiu! :)

Astaghfirullah...

I've never encountered this before..I've never known..and with Allah's permission all this happen to me.. I am now dealing with people I can't stand with..that require a lot of patience and preservence.. Perhaps... This is Allah's way to teach me.. This is how Allah want me to learn and grow.. Allah want me to be close to HIM.. to ask for His guidance.. to ask strength and patience... Dear Allah, Please guide and help me.. In this hard situation... So that I can stand up still.. To worship you even more, To be a better mujahidah... I am now upset O Allah, Only you can heal this, Please ease my pain, I beg...cause... You are the Most Magnificient.. I want only you to know all inside my heart, So that I don't have to long over your creation, As you are The Creator, That know this all.. That will give me the best.. Only You..My Highest Rabb.. Astaghfirullah... This may happen due to my past sins.. O All

Ammar dan amirul :D

Image
Alhamdulillah... Seronok sangat bercuti semalam... Ammar behave, alhamdulillah..Sayang adik dia, bermain dengan gembira and always show a grin happy face..Amirul too is very cute and cuddle..both are so loveable and huggable.. Thank you Allah.. Lepas maghrib semalam, ibu nyanyi lagu "Come Let's Count". Ammar pun mula cari-cari vcd dan mainkan vcd tu. Seronok betul diorang tengok vcd tu, dengar lagu2 yang best dan belajar mengira. Ibu pergi solat Isya' dan tinggalkan mereka berdua. Lepas solat, tengok mereka macam gambar di atas..Seronok ibu tengok adik dan abang berkasih sayang macam ni..Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. Jadikanlah anak-anak kami penyejuk mata penawar hati buat kami dunia dan akhirat.. Amin... :D

Happy Post :D

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Dalam kehidupan yang penuh ujian, Allah Yang Maha Sempurna tetap selitkan kemanisan dalam hidup kita. Mungkin kadangkala kita tak nampak, tapi andai kita cuba selusuri nikmat yang Allah berikan, nescaya kita akan merasa betapa tidak terhitung pemberiannya..Sekalipun perkara itu tidak kita sukai, tetapi yakinlah tetap ada kebaikannya untuk kita.. :) Hari ni, ada banyak perkara yang buat saya rasa gembira. Antaranya:- Saya bertemu dan belajar sesuatu yang penting melalui insan2 sekeliling pekerjaan saya. Dato' Norrizan said this morning " Tak perlu salahkan orang dulu-dulu as we are moving forward. Kalau tak, tak bergeraklah kita " . This is so true and needed in our daily life. Yes, we did mistake, admit it, correct it and move forward. Kalau berdosa, mohonlah ampun pada Allah dan teruskanlah perjalanan kehidupan kita dengan lebih baik, InsyaAllah... :) Dua orang sahabat saya disahkn mengandung. Soooo happy on their behalf.. Alhamdulilla

Kitakah isteri yang dicari?

Image
Alhamdulillah, perkongsian dari saudari Nurul Adni, http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/11/kitakah-isteri-yang-dicari.html  Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami. Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu.. Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P [Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…] Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu… Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh s