Wednesday, March 20, 2013

Diet oh Diet

Berat badan dah bertambah dengan gembira sekali, tanpa menunjukkan tanda-tanda utk turun...Lagi 3kg akan sama dengan berat sebelum melahirkan ammar..waaa...stress2..huhuhu...

Bila teringin nak makan produk kuruskan badan, hubby larang..hukhuk..
bila tanya mak, "cimas macam xxxxx yg dalam tv tu?" Mak gelak-gelak sambil cakap "tak la.."
sebab tangan anaknya ni dah sedia nak cubit kalau mak cakap ye..hukhuk..x boleh terima kenyataan anak dia ni..huhuhu..

So, dah mula rancang-rancang untuk diet..x boleh drastik sangat sebab rasa mcm x ready..huhu..yang dah mula dibuat ialah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

minum kopi senyum...(intan kata, mak dia kata, ustazah norbahyah kata boleh kurus minum kopi ni)
yes! boleh minum sesuatu yang saya suka iaitu kopi :D

Pastu, yang belum terlaksana:-
1) Diet atkins
Makan protein je-ikan, ayam, tauhu. tempe, sayur2..no no to karbohidrat..huhu..berjaya 3 hari je kot...

2) Diet putih telur
http://tipsdietsehataman.blogspot.com/2013/01/hmmm-telur-dapat-menurunkan-berat-badan.html
Ada yang makan 5 biji putih telur (rebus) untuk sarapan..hmm..mcm menarik..tapi kuning telur nanti nak buat apa?cookies kuning telur atau kek ni?pastu jangan2 termakan jugak cookies/kek tu..hancur diet..huhu..
Tapi boleh dicuba juga ni..nanti ajak hubby beli telur banyak2 la :p

3) Puasa sunat banyak-banyak
Allah..moga diberi kakuatan..bagus juga kan..cara terbaik untuk kawal nafsu ialah puasa :) Nak3.. :D
Ni kalendar puasa sunat..jom.. :)



Apapun, kene mujahadah..disiplin yang tinggi nak lawan nafsu makan..


Jom diet ramai-ramai :D  Nanti bila berat badan ideal, insyaAllah lebih sihat, lebih kuat..kan Allah cinta mukmin yang kuat :)
Allah bantu..insyaAllah.. :)


Tuesday, March 12, 2013

Anniversary? ^_^

Bismillah...

Alhamdulillah, esok genap 4 tahun kami bergelar suami isteri. Entah kenapa kali ni saya rasa gembira sangat nak celebrate anniversary... Tapi kan biasanya perkara yang saya selalu excited nak buat selalu turn out kurang best at lastnya..ehehe..xpela, meh betulkan niat semula... Nak sambut anniversary dengan rasa bersyukur, dengan memandang semua kurniaan nikmat yang Allah berikan kepada kami untuk disyukuri sebanyak-banyaknya...Insya-Allah...juga dengan doa hubungan kami ini sentiasa dalam rahmat, juga dikurniakan kebahagiaan tak bertepi dalam keadaan susah ataupun senang...

Dari last week, saya remind suami tentang hari esok..haha..memang tak malu... :) hubby tanya nak ke mana esok?saya kata nak ke bulan, ke bintang..katanya ke masjid le, ada bulan dan bintang...hehe...kalau ada ceramah ke kat masjid best juga kan..tapi esok hari rabu, ada ke?huhu..bolehla kan..pergi keluar berdua dan pergi ke masjid untuk solat... :) Dalam hati, punya keinginan untuk jalan berdua dalam kehijauan alam..dalam hutan ke..taman burung atau taman rama-rama..Then duduk makan kek red velvet yang saya buat..teringat pula jalan tar di ampang yang banyak monyet tu..jangan dia bawa ke sana sudah le..nanti kek red velvet dirampas monyet2 yang banyak itu...huhuhu...



Esok adalah impian..yang Allah jua tentukan takdirnya..apa jua yang Engkau berikan ya Allah, berilah juga kami hati yang lapang menerimanya supaya semua takdirMu jadi indah dalam pandangan mata hati kami..amin.. :)

Tuesday, January 22, 2013

Kesilapan..bukan penghalang jalan taqwa...

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan Yang Maha Sempurna..Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad saw..

Dalam kehidupan ini, dengan izin Allah, kita membuat pelbagai pilihan hidup..Beruntunglah bagi mereka yang membuat pilihan yang bijak dengan berpandukan hidayah dariNya..dan mereka yang tersilap membuat percaturan, Allah Yang Maha Baik tidak pernah sekalipun meninggalkan kita kerana pilihan itu..Allah itu lebih dekat dari urat leher kita sendiri, cuma perlulah kita berusaha menghubungkan hati kita denganNya, itu pesan guruku...

Apa yang telah berlaku, tiada siapa yang dapat mengubahnya. Andai kita tertimpa musibah hasil pilihan buruk kita pada masa lalu, berusahalah untuk terus positif. Pandanglah pelajaran yang Allah selitkan di sebalik semua yang berlaku..Bertaubat, bertawakal, serahkan seluruh jiwa raga padaNya Yang Maha Sempurna dan teruskan kehidupan dengan berusaha meningkatkan ketaqwaan dan berhati-hati. Bukankah jalan taqwa itu seperti berjalan di jalan yang penuh duri lalu menuntut kita sentiasa berhati-hati?

Lapangkanlah dada kita dengan pergantungan pada Allah..dengan berusaha sebaik mungkin mentadbir hiduup atas takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita..Hidup kita hanya sebuah perjalanan..dunia ini hanya sementara..

Yakin pada janjiNya :)



Nasihat ini adalah buat diriku, hamba Allah yang khilaf dan mengharap rahmat dan kasih sayangNya...

Thursday, December 27, 2012

Are we learning?






Our life is a journey of learning...
I've once met a Muslim with un-muslim attitude,
And a non-muslim with appealing character,
And I start admiring the non-muslim...

Later, I got to know how great is our Prophet's character,
I learn more about our-self...
Then I realize how beautiful Islam is..
How Great Allah are..
How can people change and be beautiful because of Islam...
And how our pride can be down when we neglect Islam...

The Almighty Allah, Rasulullah saw and Islam..
I've fallen in love with them...
And when the love is in my heart..
I learn how to love all around me..
The Muslim with un-muslim attitude,
And the non-muslim with appealing character..

Allah gave me the strongest weapon,
Doa..for all my beloved friends..
May Allah grant us all with guidance and blessing..
Until we can meet again in Jannah..
Our journey never end.. ^_^

Friday, November 30, 2012

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

 Sumber

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.  

2. Yahudi Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza. Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka. Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini. Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa. Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78: لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

3. Hebrew Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.  

4. Zionisme
Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-AqsaPropaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.

MENGENALI MUSUH SEBENAR Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian. Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang

anti zionist

tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka. Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri. Oleh: Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham (abidfana.com)

Monday, November 26, 2012

Ammar is ThReE ^_^


Bismillah…

Mon Ammar Zafran bin Rahman is 3 today, Alhamdulillah… Pagi-pagi lagi ibu nyani lagu Selamat Hari Lahir buat anak soleh ni J

Selamat…selamat..selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar ….

Semangat ibu nyanyi sambil salin pampers dia, mamai je muka ammar..hehe..tapi Alhamdulillah mood dia pun baik pagi ni…

Semalam ibu siapkan goodies buat kawan2 Ammar di taska. Niat di hati nak mengajar anak bahawa memberi itu lebih baik dari menerima. :) Ibu pun sedang belajar, sayang…sungguh untuk memberi kita perlu punya hati yang lapang dan penuh kasih sayang  serta ikhlas kerana Allah semata-mata..Penat ibu buat kek 2 adunan semalam, terus terkubur niat ibu nak wat side income jual muffin..hihi…tapi xpelah, ibu harap Allah terimanya sebagai satu kebajikan menggembirakan Ammar dan kawan2.. :D

Tiada pun hadiah yang mahal2 buat Ammar sayang..Cuma ibu doakan Ammar jadi anak yang soleh, semoga sentiasa di dalam keberkatan dan semoga Ammar sentiasa bahagia dalam cinta dan redha Allah…Ibu, ayah dan adik amirul sayang sangat kat ammar tau..Ibu nak sangat kita berkumpul dalam syurga nanti..Bolehlah ammar kenal atuk nanti :) Ya Allah, perkenankanlah…

Ammar dah semakin petah bercakap..seronok berlawan cakap dengan dia. Semakin bijak dan makin faham apa yang ibu dan ayah ajar..Cuma Ammar belum mumaiyiz lagi, jadi masih belum bezakan baik buruk dan ibu ayah masih perlu banyaaaak bersabar mendidik ammar :)

Alhamdulillah...

Tuesday, November 20, 2012

Mazmumah

Bismillah...

My random thaught today:-

Sifat mazmumah dalam diri manusia menyebabkan harga dirinya jatuh. 

Seorang yang pemarah menyebabkan orang lain cuba menjauhkan diri.

Seorang yang kuat makan menyebabkan badan gemuk, tidak cergas dan akan kurang disenangi teman-teman jika dia sering makan berlebihan tanpa memikirkan orang lain.

Seorang yang kuat tidur menyebabkan seseorang itu kurang efektif dan tidak produktif.

Seorang yang tidak amanah akan sukar diberi kepercayaan.

Seorang yang lalai dan selalu melupakan Allah merupakan seorang yang fasik dan berita darinya pun perlu diselidiki lantas menjadikan dia insan yang tidak dipercaya.

Seorang yang suka bercakap akan terdorong mengatakan sesuatu yang sia-sia...

etc etc etc

Demi Allah, Islam sangat menitik berat dan mengajar umatnya tentang sifat-sifat mazmumah yang perlu kita hindari..demi keselamatan manusia itu sendiri.. Again, mujahadah itu sangat hebat apabila kita perlu berperang dengan nafsu sendiri, dengan syaitan yang mungkin dah sebati enak mendiam dalam diri sendiri...

Dan manusia biasa tak mungkin maksum dari semua sifat mazmumah. Jom kenali diri kita, mohon kekuatan dan berusaha mujahadah untuk berubah. Sungguh, keberadaan kita mempengaruhi keadaan sekeliling, insan tersayang dan impaknya berlanjutan hingga ke akhirat kelak...

Astaghfirullah...ampunkan dosa-dosaku ya Rabb..tuntunlah langkahku menuju jalan yang Engkau redhai...