Posts

Showing posts from 2011

Ujian dari Allah...

Image
Sebagai hamba, kita memang sangat layak diuji.. Allah Maha Baik dan Maha Adil, tak mungkin Dia merencanakan sesuatu yang tidak baik untuk kita..

Tapi, seringkali hati sangat terasa sewaktu menerima ujian..itulah tanda nafsu sedang terpukul barangkali..bersabarlah, dan bertahanlah dengan iman di dada..sebagai mujahidah, sabar itu peneman setia..andai terlanjur mengikuti bujukan nafsu, segeralah mohon keampunan dari Allah..

Semoga Allah berkenan membimbing dan menuntun langkah kita ke jalan yang diredhai-Nya..Aku mencintaiMu, wahai Tuhanku..hiburkanlah hatiku dengan rasa cinta agung, berilah ketenangan ke dalam hatiku, bantulah aku wahai Tuhan yang memegang hatiku ini..ku serahkan jiwa dan hatiku pada-Mu ya Allah..

Impianku..

Image
Pernah satu ketika, jiwa terasa resah, motivasi merudum etc etc..lalu, sahabat terbaik ibu (ayah) minta ibu lukiskan impian ibu..owh, ibu tak pandai lukis, tapi bayangan impian tersebut memang terlukis dalam fikiran..Terjemahan kepada ayat ini :)

Surah Kahfi:ayat 31

"Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya."

Untuk itu, ibu perlu berusaha bersungguh-sungguh menjadi mereka yang layak untuk itu..


Surah Kahfi:ayat 30

"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya."

Ya Allah, kabulkanlah impia…

Pembetulan...

Image
Rasa, pandangan kita sering dimanipulasi oleh nafsu dan hasutan syaitan, sama ada kita sedar atau tidak. Justeru, perlu ada pembetulan supaya apa yang kita pandang, rasa dan pilih selari dengan kehendak Pencipta kita..kerana sesungguhnya Dia mengetahui yang paling baik buat kita...



Ciptaan Allah yang indah.. :) sangat memberi ketenangan kepada hati yang rawan..

Teguran dari Allah..

Image
Assalamualaikum..

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, andai kita amati melalui mata hati, akan kita dapati Allah yang Maha Baik banyak sekali memberi teguran kepada kita melalui perkara yang berlaku di sekeliling kita secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, hari ni ibu rasa macam dah gemuk..dan ramai juga orang yang tegur. Lepas solat subuh tadi,bila difikirkan, ada sebabnya Allah jadikan macam ni.

1) Pertama, sebab ibu ada banyak lagi puasa yang masih belum diganti. berbelas hari lagi..Ya Allah, maafkan aku melewat-lewatkan puasa ganti ini.

2) Ibu dah lama tak buat kerja2 rumah. Sejak obek duduk sama, dia yang selalu buat. Allah nak tegur ibu tentang kewajipan ibu yang ibu ambil mudah..Astaghfirullah..

3) Allah masih sayangkan ibu, dia tetap bagi teguran kepada ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..bantulah aku, berilah kekuatan kepadaKu dalam menjalankan kewajipan, ibadah tanda pengabdian diri kepadaMu dengan ikhlas dan gembira. Sesungguhnya hanya padaMu aku mohon perto…

Gelanggang mujahadah

Image
Bismillah..

Pernah satu ketika, ujian datang dalam hidup..hingga terasa sesak nafas di dada, senyum pun sukar diukir, semangat seakan hilang..Saat itu, ada teman yang sangat baik, membisikkan kata-kata "Itulah jihadmu saat ini..lawanlah rasa itu, kembalilah bersemangat kerana Allah". Alhamdulillah, setelah bertahun melalui pengalaman tersebut, yang pahit ternampak manisnya..Dan sahabat itu pun masih sangat dirindui sehingga kini. Yang penting, betapa rasa syukur dipanjatkan kerana Allah sangat membantu hamba-Nya menghadapi ujian tersebut..alhamdulilah..

Pernahkah kita melalui hari tanpa diuji? Bukankah Allah akan terus menguji kita selagi hayat dikandung badan? Di situlah nilaian Allah, sama ada kita tergolong dalam golongan yang kufur atau syukur. Dan kerana di situlah Allah memberi peluang kepada kita meraih pelbagai pahala dari rasa syukur, sabar, qanaah dll..Maha Suci Allah yang sentiasa memberikan yang terbaik buat kita..

Sebagai seorang isteri dan ibu, rumahtangga adalah …

Tips semasa mengepam susu..

Sebagai ibu yang bekerja, mengepam susu adalah penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja..Banyak sebenarnya tips untuk membanyakkan susu ibu. Antaranya ialah pastikan semasa mengepam, kita tak stress dan berada dalam keadaan tenang. Alhamdulillah, Allah tunjukkan cara yang terbaik untuk ibu :) Semasa mengepam, ibu perlu ada teman yang menenangkan, iaitu ingatan kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Buat masa ini, ibu sedang membaca buku Mukmin Professional tulisan Ustaz Pahrol. (pinjam buku busu..hukhuk..) Owh, sangat tenang rasanya bila dibawa mengingati Allah melalui buku tersebut. Dan hasilnya susu juga akan keluar dengan banyak dengan izin-Nya jua..

Kalau stress kan susu ternyata merudum..isk2..

Semoga Allah sentiasa menuntun hati dan langkah ibu dalam meraih cinta dan redha-Nya..kerana hanya dengan itu, hati akan merasa tenang dan bahagia..amin.. :)
Cinta pada-Mu ya Allah, suburkanlah dalam hatiku ini..Kau cinta sejati, ku sandarkan jiwa..

Bertakhta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Hari Jumaat dan Surah Kahfi

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi bertemu dengan hari Jumaat, penghulu segala hari. Baru2 ni, ibu ada tengok halaqah yang bertajuk keberkatan Jumaat. Jumaat, sebagai penghulu segala hari memang banyak barakah dan aura kebaikan juga melimpah ruah pada hari ni. Ada satu waktu pada hari Jumaat yang sangat mustajab untuk berdoa. Jadi, mari kita hubungkan hati kita dengan Allah bermula Jumaat ini. Cuba untuk tidak lalai, suburkan lagi rasa cinta kita pada Allah Yang Maha Sempurna.. :) Satu tips dari ustaz tu, cuba pejamkan mata, dan katakan dalam hati "Ya Allah, aku mencintaimu". Rasakan dalam hati yang paling dalam rasa cinta itu dan selalulah ungkapkan perasaan cinta kepada Allah..

Antara perkara yang disebutkan dalam hadis untuk kita amalkan ialah membaca surah al-Kahfi. Fadhilatnya adalah untuk melindungi dari fitnah Dajjal. Menghafal 10 ayat pertama juga sangat dianjurkan. Ayah dah mula menghafal, ibu belum lagi..huk huk..insyaAllah nak mulakan juga..

Dalam blog ustaz …
MADAH SUMAYYAH

Suamiku

Bunga semalam telah layu

Gugur dari jambangannya

Mujur…

Cinta kita

Bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu

Hatiku malu untuk terus cemburu

Tidak seperti dulu…

Kerna kini kau seorang mujahid

Yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah

Senyum dan seri wajah

Pudar dan hambar di matamu

Padaku yang baru belajar

… menjadi sorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan

Agar kau menjadi Yassir

Walau kiranya…

Bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum

Tika kau keluar bermusafir

Seperti redhanya Siti hajar

Waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah

Selalu derita

Kerana Syurga menagih ujian berat

Sedang neraka itu…

Dipagar ribuan nikmat!

-Ustaz Pahrol, genta rasa-
http://genta-rasa.com/2010/11/04/bunga-semalam-telah-layu/

Keadilan di dunia?

Ni entry kecewa sikit je..hihi..

Kadangkala, memang sukar mencari keadilan di dunia ini. Sebab itulah adanya akhirat di mana Allah yang Maha Adil akan mengadili semuanya kan..

Kalau kita rasa dizalimi, mana yang lebih baik? Hukum qisas membolehkan kita membalas semula seadilnya, tetapi memaafkan itu lebih baik. :) Contohnya bila ammar gigit ayah, ayah balas balik gigit ammar sbb ayah kata tu dibolehkan dalam hukum qisas..tapi ammar tak balas balik bila ayah gigit, memaafkan itu lebih baik kan ammar sayang...hehe..

Ye, ibu nak jadi pemaaf macam ammar la..(hehe..ayah pun baik juga..)

Note: Rasa sedikit kecewa ini tidaklah seserius kesalahan dalam hukuman qisas..hihi..cuma terasa di hati..maafkanlah, Cimas :)

Cara melapangkan rezeki :)

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz bagaimana cara kita nak melapangkan rezeki?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Iaitu dengan meluaskan pandangan kita tentang rezeki..Rezeki bukan dari sudut harta sahaja. Kesihatan, ilmu, anak-anak yang soleh..pendek kata semua nikmat yang Allah kurniakan adalah rezeki..Pandanglah sekeliling kita dan luaskan pandangan rezeki. InsyaAllah, kita akan terasa yang kita sebenarnya dikurniakan dengan rezeki yang banyak sekali oleh Allah. :)

Ammar is two

Esok birthday Ammar yang ke-2. Kalau ikut kalendar Hijrah, ammar dah masuk 2 tahun sehari sebelum Aidiladha. Tapi masa tu ayah kerja. Tak jadi la nenek nak sambut birthday ammar kat Sungai Buloh. Tapi ammar really had a great fun masa raya haji, walaupun dicelahi juga ragam dia.huhu..ada ke patut xmo pakai baju, pakai diapers n songkok je..isk2..tapi xde gambar la, ibu x larat pening-pening lalat hari tu..hehe..

Ammar anak yang soleh (itu yang selalu kami sebut2 dan doakan). Dia sayang sangat adik dia..suka sangat cium2 adik, main2 dengan adik..kadang2 ganas jugak main dengan adik..yela, dia mungkin tak faham lagi adik masih kecil. Kadang-kadang kalau adik terbangun malam n ibu tak sedar2(kes rasa macam adik nangis dalam mimpi..hukhuk), ammar yang akan pujuk adik dulu..bila ibu sedar tgk ammar tgh tepuk2 adik..pastu cakap 'susu'..owh ammar, terharunya ibu..ibu doakan ammar sentiasa jadi anak dan abang yang penyayang..Kadang2 bila adik nangis, ammar yang akan meluru dulu, pujuk2…

Mula bekerja..

Assalamualaikum..

Dah hampir 2 minggu mula bekerja semula. Ada yang seronok dan tak seronok. Sedihnya bila kena tinggalkan anak setiap pagi dan weekend adalah hari yang sangat membahagiakan bila dapat golek2 dengan anak2 puas2..bahagianya dapat tengok keletah mereka. Terima kasih ya Allah..atas segala kebahagiaan, ujian dan jalan keluar dan atas setiap apa jua yang telah Engkau berikan kepada kami..

Ammar dan Amirul dijaga kakak ipar, alhamdulillah..mudah sikit rutin harian bila kakak sudi duduk bersama dan tolong jaga anak2..kakak rajin sangat, tolong basuh baju n lipat baju...segan sebenarnya..huhu..semoga Allah limpahkan kebaikan dalam hidup kakak.. :) Mak pun sgt besttt...mak selalu masak yang sedap2..bila balik keje, susukan amirul n terjah meja makan pulak..yum2..kalau harap ibu yang masak, menu yang sama jela gamaknye..huhuhu..smlm makan lontong, kuih donat n nasi lauk ikan rebus goreng...sedap3..alhamdulillah..

Terima kasih ya Allah atas nikmatmu yang tak terhingga dan terhitu…

Pengalaman melahirkan.. :)

Pengalaman melahirkan.. :) kalau boleh ibu tak mahu ingatan ini luput dari ingatan, jadi ibu nak tulis kat sini..(hmm..tp mak sll je ingat setiap pengalaman melahirkan kami, 9 orang anaknya.. :)) xpe, ni more detail utk anak2 ibu baca nnt ye..

Kelahiran Ammar Zafran, 26 Nov 2009, 2.55pm

Seminggu sblm ammar lahir, dah ada keluar darah sikit..tp xde rasa sakit, so tak wat apa2, still keje mcm biasa..Malam 25 nov tu dah mula keluar tanda darah n lendir n instinct ibu pun rasa nak bersalin kot..pagi esoknye dah mula rasa sakit sikit2, lebih kurang setengah jam sekali..tp berdasarkan pembacaan, anak petama akan ambil masa yang lama, so ibu xmo pegi hospital lagi..teman ayah check-up kat hospital, sebab ayah pun baru lepas operate batu karang..petang tu, dalam lepas asar baru pegi hospital ampang..bila cek, bukaan baru 2cm..ibu mintak nak balik umah dulu, nurse mintak tunggu doc dulu..tunggu dengan sakit sampai la kul 11pm..huhu..doc pun dah ngantuk, dia baru keluar dr bilik pembedahan..hmm..…

Kami sudah dan baru ber-empat

Kami baru berempat. Maknanya ada ibu, ayah, ammar zafran dan muhammad amirul dalam keluarga nukleus ini :) sudah dan baru ber-empat. :))

Sebelum ada anak ke-2, sll je tanya suami, macamm mana la kalau dah ada 2 org anak ye..sorang pun dah tak larat..huhu..tp alhamdulillah, bila adik amirul dah ada, Allah turut sertakan kekuatan kepada kami..dan itulah doa ibu setiap hari, mohon dititipkan kesabaran dan kekuatan dalam mendidik dan mengasuh anak2 menjadi anak soleh dan solehah..

Ammar dan amirul, masing2 punya ulah yang bisa buat ibu ketawa sepenuh hati atau geram juga sepenuh hati..tapi kalian buat ibu rasa mahu menjadi surirumah sepenuh masa menjaga kalian..cuti ibu tinggal 15 hari je ni...sedihnya.. :(

.....

Sangat penat hari ini...tak tau la kenapa?adakah kerana pregnant?tp perut tak besar sangat lagi...

Pagi2 sebelum pergi kerja pun dah rasa penat. Mengejar ammar nak tukarkan lampin pun boleh buat termengah-mengah...Naik lrt, x dapat duduk coz perut tak nampak sangat lagi...huhu...lenguh sendi2 nih..isk2...sabar2...dan di ofis hingga jam 4.30 ini, sangat mencabar rasanya...Ya Allah, berilah kekuatan...

Ammar dan Ayah

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kurniakan ibu ammar dan ayah dalam hidup ni...Jodoh dari Allah, ayah adalah yang terbaik buat ibu... :) terima kasih abang coz u complete me :D

Scene 1 - Ibu dukung ammar masuk bilik nak tidurkan dia, sebelah tangan lagi pegang hp yang ada benda gantung yang ada bunyi loceng..
Ayah: Sayang pakai gelang kaki ke?
Ibu: Xdela, ni bunyi loceng kat hp ni..
Ayah: ooo...
Ibu: Kalau pakai gelang kaki kenapa, abang?
Ayah: Macam kucing..hehe..
Ibu: hahaha...

Scene 2
Dalam kereta yang sunyi..tetiba..
Ayah: Apa yang sayang harapkan dari abang?
Ibu: Hmm...(tetiba je abang ni..huhu..nak menguji kot..fikir jap..)hmm...saya harap abang boleh bahagiakan saya dunia akhirat..
Ayah: ok..kalau camtu, kene la jadi org yang soleh dan bertakwa kan..
Ibu: :)
Senyap lagi...
Ibu: Abang, dah lama kita tak gi shopping kan..jom g shopping nanti..hehe..
Ayah: Tu ke yang buat sayang bahagia?
Ibu: Huhuhuhu...

Scene 3
Ibu: Abang, saya dah gemuk ek?huhu..
Ayah: Takla, cam biasa je..
Ibu: Oooo...ek?ab…

My Second Baby

As at now, my second baby dah 16 weeks im my womb..alhamdulillah, rezeki dari Allah..tp sgt takut juga, takut2 gagal laksanakan amanah yang Allah beri ini...

Pregnant kali ni, ibu jarang muntah.Setakat ni baru 3 kali. Tapi, sangat kerap rasa loya dan pening kepala..huhuhu...anak ibu ni suka memendam kot, xmo keluarkan..huhuhu...xpelah, ujian dari Allah buat ibu. Ujian untuk menghapuskan dosa, insyaAllah..cuma ibu selalu doa Allah beri kekuatan kepada ibu untuk hadapi apa jua ujian dari-Nya..aminn..

Tadi, waktu rehat ibu rasa ngantuk sangat...dari kul 12 sebenarnye rasa mengantuk..isk2..masa rehat tadi, ibu uri masa tido jap kat surau..alhamdulillah, bestnye tido..tp ibu rasa cam anak ibu ni gerak2 la kat dalam perut..dengar bunyi dari dalam perut..seronok je rasa, cam ada org lak teman ibu tido..thanks sayang.. :)

Karenah Ammar

Bismillah...

:) senyum dulu

Ibu nak rakamkan karenah ammar kat sini..takut ibu lupa, sayang..kalau boleh, ibu nak ingat semua saat manis kita bersama..(tetiba teringat lagu ana rafali, tolong ingatkan aku...lalala) :D

Anak ibu ni dah setahun sebulan..dah macam2 ragam ye..kadang2 wat ibu geram, tapi biasanya buat ibu rasa nak ketawa je..hehe..ammar selalu wat ibu sakit kepala, tapi selalu jugak hilangkan sakit kepala ibu..hehe..baru faham bila org selalu cakap anak ni la racun dan penawar.. :)

Ammar sangat suka mengusik...suka sangat dia kalau dapat buat orang ketawa...ammar suka nak main2 gigit org, dekatkan mulut kat org n tiup sampai bunyi2...hehehe..geli la ibu n ayah sayang...ammar suka sangat bila dapat perhatian org n akan ulang2 perbuatan tu sambil ketawa2..hihi..ontohnya bila kepala dia terhantuk, mesti la ibu risau n cakap "alalala...cian anak ibu ni..sakit ye..xpe2, ammar kuat kan" sambil gosok2 kepala dia..pastu dia gelak2, n sengaja hantukkan lagi kepala dia..hahaha.…

Trip to Jelebu

Sabtu lepas, kitorang ramai2 ke Jelebu, tgk baby baru acik farisah n nabil, adik nurin alia..baik je baby, comel cam muka ayah dia :) kami doakan adik alia jadi anak solehah, penguat ummi dan ayahnya :)

Sblm tu, sempat singgah jalan2 kat Muzium Adat N.9. Banyak jugak pameran yang menarik..ttg adat2 org melayu. tgk video adat lenggang perut, cam ngeri je..huhu...sib baik la tak yah buat..ammar la yang paling seronok..hehe..dapat jln2, ramai je yang sudi pimpin dia..hehe...alhamdulillah, x meragam anak ibu ni kan..yang paling kelakar, bila temukan ammar n damia..haha..beria sungguh damia marah2 ammar, ammar boleh sengih2 je..lagi nak diusik si damia tu..hehe..anak ibu ni mmg ikut perangai ayah la, kuat mengusik..

Pastu, siggah umah acik talha jap, makan2 kuih, sembang2 sikit..(ammar pi tawaf satu umah dengan acik dia..isk2, mmg tak reti duk diam) pastu, bertolak gi umah kak farisah. Singgah dulu makan nasi ayam kat kedai mak kak farisah, singgah masjid solat, then gi tgk baby yang comel :…