Kelahiran Anakanda ketiga, Nur Amna Aisyah

Bismillah...

This is for memories so that I won't forget :)

Mengandungkan anak ketiga selepas 6 tahun usia abangnya sangat mengujakan. Tak susah mengandungkan Aisyah, malah rasanya kali ini ibu lebih berdikari, memandu ke tempat kerja sendiri hingga tarikh due date sebelum menyerah diri ke hospital. Memandu ke tempat kerja feels like me time yang quite relaxing sebenarnya...Aisyah pun bukan main aktif masa ibu memandu :) Setiap pagi rutinnya, hantar Ammar dan Amirul ke sekolah di Jenderam dan terus ke tempat kerja. Balik pula singgah ambil abang berdua itu sebelum pulang ke rumah.

Allah pun ada berfirman dalam Al-Quran ibu mengandung akan semakin lemah seiring bertambah usia kandungan. Seperti itu juga lah ibu. Walau masih mampu menjalani hari-hari dengan tenaga yang ada, lelahnya lebih terasa. Alhamdulillah Allah kurnia emak di rumah yang selalu masak sedap2, suami yang sabar dan boleh membantu, anak-anak yang memahami dan kawan-kawan baik. Makanya, hikmah itu yang patut lebih di syukuri berbanding secebis mehnah yang Allah datangkan, kan? :)

Due date Aisyah adalah pada 4 Mei 2017. Tapi ibu harap Aisyah keluar lewat, tak bersedia nak berpantang :p

4 Mei 2017

Pagi itu, ibu bangun seperti biasa. Usai solat subuh, bersiap bersama anak-anak, menghantar mereka ke sekolah lalu meneruskan perjalanan ke pejabat seperti biasa. Masih memandu seperti hari-hari lain, cuma bezanya hari ini ialah hari due date kelahiran baby dalam perut ibu ini. Sambil menanti di kebenaran laluan polis trafik di simpang empat Dengkil, ibu mengambil gambar bersama perut memboyot, nak juga selfie sambil tersenyum di hari due date ini. Perasaan? Hmm...campuran debaran, tak sabar, tak ready for pantang etc :)

Usai urusan kerja di pejabat hari itu, ibu bergerak ke klinik di Pekan Salak. Alhamdulillah tempat parking untuk ibu mengandung tak jauh, tak perlu ibu menapak di tengah panas. Memandu sendirian bagi ibu adalah seperti me time. Seronok dengan baby dalam perut sebagai peneman. Kadangkala leka memandu dan baby akan bergerak dalam perut, seakan sama-sama seronok. Bila emosi ibu tenang, baby pun gembira kan. :) Tanpa sedar, dah sampai di klinik. Masih ada waktu sebelum temujanji, jadi ibu makan dulu di kedai, melunasi kehendak perut dan baby. Terserempak dengan jururawat klinik di kedai makan juga :) Selesai makan, ibu memandu semula mencari parking di klinik, lalu solat zohor dahulu di tingkat atas klinik alhamdulillah.

Ya Allah..nak update habiskan juga hari ni..memories with my gegirl 💕 (9 Nov 2018)

Menunggu giliran berjumpa doktor dengan tenang sahaja. Ibu expect baby akan punya masa lagi sebelum keluar menjengah dunia. Kebiasaannya, jika tiada masalah doktor akan bagi masa sehingga 10-14 hari lagi, mengikut hasil bacaan ibu. Ibu pun belum bersedia nak berpantang sebenarnya, dan memang hope baby keluar lambat. "play happily in my tummy, baby" 😊

Nombor ibu dah dipanggil, ibu pun masuk jumpa doktor. Doktor ajak pergi scan tengok baby. Ok, jom.. Hmm...lama juga doktor scan dan doktor bagitau baby belum engage dan kedudukan baby melintang. Oleh sebab hari ni dah due date, ibu kene immediately pergi hospital for caesar. 😭😭😭😭😭 waa..banjir terus la ibu kat klinik tu. Keluar dari bilik doktor pun cannot stop crying. Dah tak peduli orang tengok ke apa..tersedu sedan menangis. Nurse panggil tanya kenapa, ibu jawab "Baby melintang, saya tak nak kena bedah 😭😭" Nurse yang baik cuba tenangkan ibu "Dah jangan nangis..nanti baby stress. Takpe, lagi senang kalau terus caesar daripada sakit contraction lepas tu kena caesar" Hmmmm...ibu try stop nangis tapi masih tersedu. In my heart, I still hope for normal delivery, even with induction. Kenapa? Sebab ibu taknak susahkan orang jaga ibu dalam pantang. Emak tak sihat, mak mertua pun sama. Suami pula..hmm..tak tahu macam mana. I know he will be willing to help, but I do not know whether he could 😱 I just can pray hard to Allah to ease everything for me. I know I am not a good person, but I believe Allah love me no matter what 😥

Dalam kereta, ibu call ayah bagitau. Ibu tahu ayah cuak juga, tapi dia akan tetap tunjuk cool saja 😎 Dan bagitahu kat kakak yang jual ikan bilis tu, ibu kena cancel order sebab tak sempat nak ambil ikan bilis dah, nak kena admit ke ward. Huhu.. Ibu terus balik rumah dan ayah ambil Ammar dan Amirul. Dan ibu kemas-kemas apa yang patut tapi tak mahu pergi klinik terus. I am just not ready, really. Sambil baring, ibu cakap dengan baby "Baby, turun lah sayang" Sambil bernafas dengan tenang, ibu dapat rasa kepala baby di sisi perut. Ibu tolak kepala baby perlahan-lahan ke bawah. I can feel the head did move. Baby ni baik sangat alhamdulillah. Pernah ibu rasa senak dan macam lebam sebelah perut sebab dia duk main kat situ je, ibu just told her to move the other side, and she did move. I love you baby 😗😗😗

Bila ayah balik, ibu bagitahu ibu nak ke hospital malam nanti je. Petang tu jam 6, ibu pergi melawat Yani, jiran sebelah rumah yang baru lepas operate sebab kandungan luar rahim. Sian dia masih belum recover. Ibu bagitahu yang ibu akan ke hospital putrajaya sebab kena caesar agaknya.

Hmmm..dah lama peram, publish je la..will continue the full story insyaAllah..






Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...