Posts

Showing posts from December, 2011

Ujian dari Allah...

Image
Sebagai hamba, kita memang sangat layak diuji.. Allah Maha Baik dan Maha Adil, tak mungkin Dia merencanakan sesuatu yang tidak baik untuk kita..

Tapi, seringkali hati sangat terasa sewaktu menerima ujian..itulah tanda nafsu sedang terpukul barangkali..bersabarlah, dan bertahanlah dengan iman di dada..sebagai mujahidah, sabar itu peneman setia..andai terlanjur mengikuti bujukan nafsu, segeralah mohon keampunan dari Allah..

Semoga Allah berkenan membimbing dan menuntun langkah kita ke jalan yang diredhai-Nya..Aku mencintaiMu, wahai Tuhanku..hiburkanlah hatiku dengan rasa cinta agung, berilah ketenangan ke dalam hatiku, bantulah aku wahai Tuhan yang memegang hatiku ini..ku serahkan jiwa dan hatiku pada-Mu ya Allah..

Impianku..

Image
Pernah satu ketika, jiwa terasa resah, motivasi merudum etc etc..lalu, sahabat terbaik ibu (ayah) minta ibu lukiskan impian ibu..owh, ibu tak pandai lukis, tapi bayangan impian tersebut memang terlukis dalam fikiran..Terjemahan kepada ayat ini :)

Surah Kahfi:ayat 31

"Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya."

Untuk itu, ibu perlu berusaha bersungguh-sungguh menjadi mereka yang layak untuk itu..


Surah Kahfi:ayat 30

"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya."

Ya Allah, kabulkanlah impia…

Pembetulan...

Image
Rasa, pandangan kita sering dimanipulasi oleh nafsu dan hasutan syaitan, sama ada kita sedar atau tidak. Justeru, perlu ada pembetulan supaya apa yang kita pandang, rasa dan pilih selari dengan kehendak Pencipta kita..kerana sesungguhnya Dia mengetahui yang paling baik buat kita...



Ciptaan Allah yang indah.. :) sangat memberi ketenangan kepada hati yang rawan..

Teguran dari Allah..

Image
Assalamualaikum..

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, andai kita amati melalui mata hati, akan kita dapati Allah yang Maha Baik banyak sekali memberi teguran kepada kita melalui perkara yang berlaku di sekeliling kita secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, hari ni ibu rasa macam dah gemuk..dan ramai juga orang yang tegur. Lepas solat subuh tadi,bila difikirkan, ada sebabnya Allah jadikan macam ni.

1) Pertama, sebab ibu ada banyak lagi puasa yang masih belum diganti. berbelas hari lagi..Ya Allah, maafkan aku melewat-lewatkan puasa ganti ini.

2) Ibu dah lama tak buat kerja2 rumah. Sejak obek duduk sama, dia yang selalu buat. Allah nak tegur ibu tentang kewajipan ibu yang ibu ambil mudah..Astaghfirullah..

3) Allah masih sayangkan ibu, dia tetap bagi teguran kepada ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..bantulah aku, berilah kekuatan kepadaKu dalam menjalankan kewajipan, ibadah tanda pengabdian diri kepadaMu dengan ikhlas dan gembira. Sesungguhnya hanya padaMu aku mohon perto…

Gelanggang mujahadah

Image
Bismillah..

Pernah satu ketika, ujian datang dalam hidup..hingga terasa sesak nafas di dada, senyum pun sukar diukir, semangat seakan hilang..Saat itu, ada teman yang sangat baik, membisikkan kata-kata "Itulah jihadmu saat ini..lawanlah rasa itu, kembalilah bersemangat kerana Allah". Alhamdulillah, setelah bertahun melalui pengalaman tersebut, yang pahit ternampak manisnya..Dan sahabat itu pun masih sangat dirindui sehingga kini. Yang penting, betapa rasa syukur dipanjatkan kerana Allah sangat membantu hamba-Nya menghadapi ujian tersebut..alhamdulilah..

Pernahkah kita melalui hari tanpa diuji? Bukankah Allah akan terus menguji kita selagi hayat dikandung badan? Di situlah nilaian Allah, sama ada kita tergolong dalam golongan yang kufur atau syukur. Dan kerana di situlah Allah memberi peluang kepada kita meraih pelbagai pahala dari rasa syukur, sabar, qanaah dll..Maha Suci Allah yang sentiasa memberikan yang terbaik buat kita..

Sebagai seorang isteri dan ibu, rumahtangga adalah …

Tips semasa mengepam susu..

Sebagai ibu yang bekerja, mengepam susu adalah penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja..Banyak sebenarnya tips untuk membanyakkan susu ibu. Antaranya ialah pastikan semasa mengepam, kita tak stress dan berada dalam keadaan tenang. Alhamdulillah, Allah tunjukkan cara yang terbaik untuk ibu :) Semasa mengepam, ibu perlu ada teman yang menenangkan, iaitu ingatan kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Buat masa ini, ibu sedang membaca buku Mukmin Professional tulisan Ustaz Pahrol. (pinjam buku busu..hukhuk..) Owh, sangat tenang rasanya bila dibawa mengingati Allah melalui buku tersebut. Dan hasilnya susu juga akan keluar dengan banyak dengan izin-Nya jua..

Kalau stress kan susu ternyata merudum..isk2..

Semoga Allah sentiasa menuntun hati dan langkah ibu dalam meraih cinta dan redha-Nya..kerana hanya dengan itu, hati akan merasa tenang dan bahagia..amin.. :)
Cinta pada-Mu ya Allah, suburkanlah dalam hatiku ini..Kau cinta sejati, ku sandarkan jiwa..

Bertakhta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Hari Jumaat dan Surah Kahfi

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi bertemu dengan hari Jumaat, penghulu segala hari. Baru2 ni, ibu ada tengok halaqah yang bertajuk keberkatan Jumaat. Jumaat, sebagai penghulu segala hari memang banyak barakah dan aura kebaikan juga melimpah ruah pada hari ni. Ada satu waktu pada hari Jumaat yang sangat mustajab untuk berdoa. Jadi, mari kita hubungkan hati kita dengan Allah bermula Jumaat ini. Cuba untuk tidak lalai, suburkan lagi rasa cinta kita pada Allah Yang Maha Sempurna.. :) Satu tips dari ustaz tu, cuba pejamkan mata, dan katakan dalam hati "Ya Allah, aku mencintaimu". Rasakan dalam hati yang paling dalam rasa cinta itu dan selalulah ungkapkan perasaan cinta kepada Allah..

Antara perkara yang disebutkan dalam hadis untuk kita amalkan ialah membaca surah al-Kahfi. Fadhilatnya adalah untuk melindungi dari fitnah Dajjal. Menghafal 10 ayat pertama juga sangat dianjurkan. Ayah dah mula menghafal, ibu belum lagi..huk huk..insyaAllah nak mulakan juga..

Dalam blog ustaz …
MADAH SUMAYYAH

Suamiku

Bunga semalam telah layu

Gugur dari jambangannya

Mujur…

Cinta kita

Bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu

Hatiku malu untuk terus cemburu

Tidak seperti dulu…

Kerna kini kau seorang mujahid

Yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah

Senyum dan seri wajah

Pudar dan hambar di matamu

Padaku yang baru belajar

… menjadi sorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan

Agar kau menjadi Yassir

Walau kiranya…

Bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum

Tika kau keluar bermusafir

Seperti redhanya Siti hajar

Waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah

Selalu derita

Kerana Syurga menagih ujian berat

Sedang neraka itu…

Dipagar ribuan nikmat!

-Ustaz Pahrol, genta rasa-
http://genta-rasa.com/2010/11/04/bunga-semalam-telah-layu/

Keadilan di dunia?

Ni entry kecewa sikit je..hihi..

Kadangkala, memang sukar mencari keadilan di dunia ini. Sebab itulah adanya akhirat di mana Allah yang Maha Adil akan mengadili semuanya kan..

Kalau kita rasa dizalimi, mana yang lebih baik? Hukum qisas membolehkan kita membalas semula seadilnya, tetapi memaafkan itu lebih baik. :) Contohnya bila ammar gigit ayah, ayah balas balik gigit ammar sbb ayah kata tu dibolehkan dalam hukum qisas..tapi ammar tak balas balik bila ayah gigit, memaafkan itu lebih baik kan ammar sayang...hehe..

Ye, ibu nak jadi pemaaf macam ammar la..(hehe..ayah pun baik juga..)

Note: Rasa sedikit kecewa ini tidaklah seserius kesalahan dalam hukuman qisas..hihi..cuma terasa di hati..maafkanlah, Cimas :)