Tuesday, December 20, 2011

Teguran dari Allah..


Assalamualaikum..

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, andai kita amati melalui mata hati, akan kita dapati Allah yang Maha Baik banyak sekali memberi teguran kepada kita melalui perkara yang berlaku di sekeliling kita secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, hari ni ibu rasa macam dah gemuk..dan ramai juga orang yang tegur. Lepas solat subuh tadi,bila difikirkan, ada sebabnya Allah jadikan macam ni.

1) Pertama, sebab ibu ada banyak lagi puasa yang masih belum diganti. berbelas hari lagi..Ya Allah, maafkan aku melewat-lewatkan puasa ganti ini.

2) Ibu dah lama tak buat kerja2 rumah. Sejak obek duduk sama, dia yang selalu buat. Allah nak tegur ibu tentang kewajipan ibu yang ibu ambil mudah..Astaghfirullah..

3) Allah masih sayangkan ibu, dia tetap bagi teguran kepada ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..bantulah aku, berilah kekuatan kepadaKu dalam menjalankan kewajipan, ibadah tanda pengabdian diri kepadaMu dengan ikhlas dan gembira. Sesungguhnya hanya padaMu aku mohon pertolongan dan kekuatan, tempat aku berserah wahai Tuhanku..

Kita selalu punya banyak alasan untuk tidak melaksanakan kewajipan kita, tetapi Allah sediakan banyak jalan kepada alasan kita itu. Astaghfirullah..semoga Allah terus memberikan yang terbaik buat kita, nikmat mahupun ujian yang mendekatkan diri kita kepadaNya, bukan menjauhkan kita dari rahmatNya..amin..

Love,
Ummu Ammar

No comments: