Happy Post :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam kehidupan yang penuh ujian, Allah Yang Maha Sempurna tetap selitkan kemanisan dalam hidup kita. Mungkin kadangkala kita tak nampak, tapi andai kita cuba selusuri nikmat yang Allah berikan, nescaya kita akan merasa betapa tidak terhitung pemberiannya..Sekalipun perkara itu tidak kita sukai, tetapi yakinlah tetap ada kebaikannya untuk kita.. :)

Hari ni, ada banyak perkara yang buat saya rasa gembira. Antaranya:-
  • Saya bertemu dan belajar sesuatu yang penting melalui insan2 sekeliling pekerjaan saya. Dato' Norrizan said this morning "Tak perlu salahkan orang dulu-dulu as we are moving forward. Kalau tak, tak bergeraklah kita". This is so true and needed in our daily life. Yes, we did mistake, admit it, correct it and move forward. Kalau berdosa, mohonlah ampun pada Allah dan teruskanlah perjalanan kehidupan kita dengan lebih baik, InsyaAllah... :)
  • Dua orang sahabat saya disahkn mengandung. Soooo happy on their behalf.. Alhamdulillah, semoga semuanya selamat dan semoga anak-anak kami menjadi penyejuk mata, penawar hati dunia akhirat.
Alhamdulillah...banyak perkara yang buat kita stess kan..Tapi lagi banyak perkara sebenarnya yang boleh buat kita gembira. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati-hati kita untuk selalu ingat pada-Nya..kerana itulah kunci sebenar kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki..Amin.. :)


Sweetnya gambar ni.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...