Hari Jumaat dan Surah Kahfi

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi bertemu dengan hari Jumaat, penghulu segala hari. Baru2 ni, ibu ada tengok halaqah yang bertajuk keberkatan Jumaat. Jumaat, sebagai penghulu segala hari memang banyak barakah dan aura kebaikan juga melimpah ruah pada hari ni. Ada satu waktu pada hari Jumaat yang sangat mustajab untuk berdoa. Jadi, mari kita hubungkan hati kita dengan Allah bermula Jumaat ini. Cuba untuk tidak lalai, suburkan lagi rasa cinta kita pada Allah Yang Maha Sempurna.. :) Satu tips dari ustaz tu, cuba pejamkan mata, dan katakan dalam hati "Ya Allah, aku mencintaimu". Rasakan dalam hati yang paling dalam rasa cinta itu dan selalulah ungkapkan perasaan cinta kepada Allah..

Antara perkara yang disebutkan dalam hadis untuk kita amalkan ialah membaca surah al-Kahfi. Fadhilatnya adalah untuk melindungi dari fitnah Dajjal. Menghafal 10 ayat pertama juga sangat dianjurkan. Ayah dah mula menghafal, ibu belum lagi..huk huk..insyaAllah nak mulakan juga..

Dalam blog ustaz hasrizal, Saifulislam.com ada diterangkan tentang ibrah surah Kahfi. Secara ringkasnya, terdapat 4 fitnah dalam mazhab ad-Dajjal yang perlu kita awasi, iaitu:-

1) Fitnah agama (ibrah dari kisah ashabul kahfi)
2) Fitnah harta (ibrah dari kisah 2 orang yang mempunyai kebun)
3) Fitnah ilmu (ibrah dari kisah nabi Musa dan nabi Khidir)
4) Fitnah kuasa (ibrah dari kisah Zulkarnain)

InsyaAllah, kita sama-sama jadikan surah al-Kahfi ini sebagai pendinding dari fitnah Dajjal ye..

Love & Care,
Ummu Ammar

Comments

Popular posts from this blog

Kelahiran anakanda ke-2, Muhammad Amirul bin Rahman :)

28 tahun bernafas di bumi Tuhan...