Thursday, December 15, 2011

Tips semasa mengepam susu..

Sebagai ibu yang bekerja, mengepam susu adalah penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja..Banyak sebenarnya tips untuk membanyakkan susu ibu. Antaranya ialah pastikan semasa mengepam, kita tak stress dan berada dalam keadaan tenang. Alhamdulillah, Allah tunjukkan cara yang terbaik untuk ibu :) Semasa mengepam, ibu perlu ada teman yang menenangkan, iaitu ingatan kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Buat masa ini, ibu sedang membaca buku Mukmin Professional tulisan Ustaz Pahrol. (pinjam buku busu..hukhuk..) Owh, sangat tenang rasanya bila dibawa mengingati Allah melalui buku tersebut. Dan hasilnya susu juga akan keluar dengan banyak dengan izin-Nya jua..

Kalau stress kan susu ternyata merudum..isk2..

Semoga Allah sentiasa menuntun hati dan langkah ibu dalam meraih cinta dan redha-Nya..kerana hanya dengan itu, hati akan merasa tenang dan bahagia..amin.. :)

No comments: