Thursday, August 30, 2012

Rendang Oh Rendang..

Rendang sangat sinonim dengan raya kan..Dan saya sebelum ni tak pernah masak rendang sendiri..Masa raya, ada mak, mak mertua dan kakak-kakak yang lebih expert masak rendang..Jadi, saya tolong sikit-sikit je.. :D

Dan reason utama tak pernah masak sendiri sebab ada perception yang buat rendang ni sangat susah dan leceh..Kenapa?Sebab...dulu2 masa kat jengka, bila time raya nak buat rendang ni, banyak preparation yang kena dibuat. Antaranya:
  • Kena korek lengkuas, kunyit kat belakang rumah
  • Kene petik daun kunyit
  • Kene mesin kelapa..banyak tau..huhu..(mak akan kopek dan belah, saya mesin)
  • Kene perah santan banyak-banyak (sebab nak buat lodeh sekali)
  • Kene kacau rendang tu lama2..
  • Lepas tu banyaknya nak basuh pinggan mangkuk...huhuhu...
Waa...dah la masa puasa, terasa sangat la penatnye nak buat rendang ni...

Raya baru ni kat rumah K.lang, bila sampai rendang dagingnya dah masak bila kitorang sampai..hehe..tapi Kak Lang rajin bercerita, kongsi tips nak masak rendang ni.. Mula2 potong daging, masukkan daging dalam kuali, tutup kuali dan biarkan sampai air daging tu kering..Lepas tu baru masukkan rempah..masukkan air, dan kacau la sampai daging empuk..kalau nak lebih sedap, sampai pecah minyak...

Kelmarin, saya cuba masak rendang, guna resipi sendiri je dan ikut tips dari Kak Lang. WAh, senangnya sekarang nak masak rendang ye..Semua beli kat kedai je..huhu..santan pun boleh guna santan kotak je..Alhamdulillah, menjadi walaupun still boleh diperbaiki. Bila ikut tips ni, daging jadi lembut, dan tak perlu kacau lama2 sangat. Esok, nak masak rendang lagi :) kali ni, nak menjamu ramai orang pula..Semoga Allah permudahkan..

Tengah decide nak guna resipi mana..hehe..

1) Rendang Tok http://dayangjack.blogspot.com/2010/04/rendang-tok.html

2) Rendang yang lebih simple http://my-khai.blogspot.com/2012/05/rendang-kegemaran-suamiku.html

3) Rendang suka hati sendiri

Semoga menjadi la rendang nanti..InsyaAllah.. :D


Jia yu, Cimas ! ^_^

No comments: